in

GIVISTA CAMERON RIDE 2020

Gua memang jaki jeles tahap berok bila tengok gambar2 Raida yang join Ride ni dok upload gambar kat grup Grup Givista Ride. Kalau Lu Orang nak tau, event anjoran GIVI ni adalah event ride yang agak berskala besar. Disertai oleh seluroh Raida2 SeMalaysia. Gua dok ingatkan setakat geng Media aja yang GIVI invite. Gua yang tak dapat join ride sebab dah ada komitmen untok event lain, jugak jatoh pada tarikh yang sama yaitu 29 Februari 2020. Apa buleh buat takdak rezeki nak join, nasib baik Djinn boleh join untok mewakili Majalah Kapcai.

Dalam ride yang penoh warna warni nih, Tun Marshall ataupon Tun Goldwing telah menjadi Marshall ataupon leader. Tun ni kalau Lu Orang tengok size badan dia, memang agak besar. Tapi jangan pandang orang takdak mata ye. Tun ni bila beraksi atas motor Goldwing dia, semua akan terbeliak. Tun adalah salah seorang watak Stanmen Malaysia yang jarang diceritakan di media. Respek Keras sama Tun Goldwing!

Selepas mengharongi perjalanan yang agak panjang, konvoi Givista sampai di Villa penginapan Cameron Higland sekitar jam 7 malam. Malam itu semuanya dapat merasai kesejokan yang dah lama tak dirasai. Maklomlah, dah lama tak hujan lebeh2 lagi kepda Raida2 yang datang dari negeri belah utara. Malam itu semua bikin aktiviti bebas, dan ada jugak yang teros bertafakor secara memejam mata dan sedar2 hari dah siang. Betol punya tafakor Nohhh!

Hari kedua ataupon keesokkan harinya, aktiviti berjalan2 sekitar Cameron Highland pon berlaku secara spontan. Pergi kesitu, pergi kesini..shopping tu sudah menjadi kemestianlah. Akhirnya, dipendekkan cerita, Givista Ride Cameron 2020 pon bersurai dan ketika artikel ini ditulis, Alhamdulillah semua Raida yang join telah selamat kembali ke negeri masing2 dengan selamat dan sejahtera.

Dan sekarang nih, Givista sedang merancang untok Ride seterosnya bersama GIVI. Mana pulak lepas nih? Tungguuuuu….

Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TOK WAN ISMAIL DIN : Ini Atok Memang Lejen!

BENELLI TNT 135 Versi 2020!