in

BENELLI TNT 135 Versi 2020!

Nohhh! Selepas keluaran sulong Benelli TNT 135 di Malaysia pada tahon 2016 nan silam, dan secara umomnya semua Raida2 Malaysia tahu dengan kemuncolan jentera genit tapi ‘pawer’ nih. Ada beberapa momen indah telah dicatatkan dalam sejarah pengeluaran jentera comel ni, antaranya Benelli TNT 135 pernah digunakan sebagai jentera aksi stunt oleh Stunt Master dari Thailand. Nak tau sapa ‘stuntwomen’ yang bikin aksi tu? Nak tau? Sila tanya Lebai Google okay!

Okay, tahon 2020 ni, tahon dimana dunia menjadi kelam kabot akibat serangan Virus Covid19, tahon yang penoh dengan cerita2 teori, maka dalam tahon penoh mencabar ini jugak lah Benelli datang bikin comeback kedalam pasaran Motorsikal tempatan Nohhh!

Untok comeback 2020 ni, jentera TNT 135 diberikan wajah lebeh garang dan mantap, sesuai dengan cabaran yang akan dilalui ditahon penoh ranjau ini. Jentera ini memileki ketinggian 1,025mm dan panjang pulak adalah 1,750mm. Tidaklah nampak terlalu kecik, ianya menghampiri saiz sebuah Kapcai. Tapi ianya tetap menarek dan lain daripada yang lain Nohhh!

Tangkinya pulak buleh muat 7.2 liter, membuatkan ianya lebeh muatan lah kalau banding dengan Kapcai biasa yang rata2 5 liter lebeh aja. Bakal pembeli jentera ni akan menikmati beberapa option yang best, antaranya button dan meter yang lengkap ala2 motor besar gitu. Selain tu, fork terbalik jugak menambahkan ciri2 sebuah jentera cc besar kat jentera nih.

Benelli TNT 135 versi 2020 ni ada dua edisi, satu yang normal dijual dengan harga RM 8,190.00, manakala satu lagi yang Speshel Edishen (Edisi Khas) dijual dengan harga RM 10, 088.00. (harga yang dipaparkan adalah harga body sahaja tanpa rodtek dan insuren Nohhh).

Jentera Benelli TNT 135 ni akan masok ke pasaran dalam masa terdekat ini. Buleh lah jengok2 ke kedai berhampiran setelah perintah kawalan pergerakan tamat pada 31 Mac 2020 ni Nohhh!

Allah Selamatkan Semua Rakyat Malaysia..Amin…

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

GIVISTA CAMERON RIDE 2020

KTM E Skoot Bakal Masok Market Tahon Depan?