in

MINYAK PELINCIR HYO LUBE PILEHAN TERBAIK MASAKINI!

Ada Botol 1.2 Liter Khas Untok Honda RS150R Oyeahhh!

Okay, kali ni kita nak berkenalan dengan sebuah jenama minyak pelincir ataupon minyak hitam terbaru dipasaran Malaysia yaitu HYO Lube. Oh Ya… sebelom tuh, meh kita stori sikit dulu bab gelaran/panggilan nih. Ada yang panggil minyak Pelincir (bahasa suratkhabar), ada yang panggil Minyak Hitam (bahasa pomen seMalaysia) dan ada yang panggil Minyak Selenda (ni bahasa belah2 utara Semenanjong Malaysia) dan ada jugak yang panggil Minyak Senyonyong. Kesemuanya (kecuali Minyak Senyonyong) adalah merujok kepada minyak pelincir/lubricants lah Nohhh!

Banyak memang banyak, dan jenamanya jugak pelbagai. Di pasaran Malaysia, semenjak awal tahon 2000 nan silam, boleh dikatakan saban tahon akan ada saja jenama minyak pelincir terbaru muncol di pasaran. Tapi malangnya, dalam banyak2 jenama tu, boleh dikatakan majoritinya adalah minyak yang berkualiti rendah. Padanlah dengan harganya kan…

Minyak2 pelincir dipasaran harini seperti yang diketahui umom memang banyak sangatlah. Macam2 jenama dengan bermacam bahan2 tambahan untok menjadikan minyak dorang jadi lain dari yang lain. Minyak2 yang ditulis Fully Synthetic atau Semi Synthetic kebanyakkannya mempunyai ‘bahan2 tambahan’ dan harganya pon agak tinggi berbanding minyak pelincir regular/mineral. Minyak regular/mineral nih buleh dikatakan minyak asas yang ditapis tanpa ditambah dengan sebarang unsor2 kimia yang lain. Maka dari segi harga, ianya murah lah berbanding minyak2 Semi dan Fully Sintetik. Yang tak syoknya, ada jenama2 tertentu, depa bikin recycle balek minyak2 hitam terpakai dan depa packing semula. Kes2 ni bukan saja terjadi kat jenama2 yang tak ternama, bahkan terjadi jugak kat jenama2 yang terkenal. Takpa, bab minyak recycle ni kita sembang dalam muka surat lain lah Nohhh!

HYO Lube ataupon minyak hitam HYO ni adalah jenama minyak pelincir terbaru untok motorsikal dalam pasaran Malaysia. Jenama ni asal dari Jepon, dan dibawa masok kesini oleh sebuah Syarikat/Dealer di Pulau Pinang. Mungkin timing pelancaran untok minyak motorsikal ni agak kurang baik sikit (awal tahon 2020, ngam2 masa Covid19 attack dunia) maka jenama ni agak kurang dikenali sikit dikalangan raida2 walaupon ianya menawarkan kualiti yang setaraf dengan jenama2 Top yang lain. HYO dalam bahasa jepon bermaksod Rimau Kumbang/Black Panther, dan HYO sebenarnya dah lama bertapak di Malaysia, semenjak 2014 lagi. Cuma, masa tu jenama HYO ni hanya fokus kepada kenderaan 4 tayar. Ada minyak pelincir untok kereta, untok kenderaan diesel, minyak auto gear, radiator coolant, minyak brek, minyak stereng, minyak hidraulik dan macam2 lagi lah. Makna kata, jenama HYO bukanlah baru di Malaysia. Cuma dalam bidang minyak pelincir motorsikal, ianya maseh baru lah Nohhh!

Pihak kami sempat bertanya kepada jurucakap HYO Lube mengenai beberapa perkara. Antaranya adalah, Minyak HYO Lube ni boleh dikategorikan sebagai apa? Adakah ianya untok pengguna Bangsawan? Golongan Pertengahan ataupon Raida2 golongan pendapatan rendah? Ini jawabnya…

” Sejak awal lagi, tujuan dan hala tuju kami adalah untuk membuat jenis minyak motosikal yang membolehkan pengguna
mengalami pelbagai prestasi yang berbeza dan terbaru. Mungkin bagi orang biasa, selagi harganya murah dan praktikal, mengapakah kita perlu membeli minyak motosikal yang lebih mahal?”

” Tetapi ini tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah perlindungan enjin motosikal untuk lebih tahan lama atau baik. Prinsip utamanya berasal dari cara memilih “Base Oil” yang sesuai dan berkualiti tinggi, serta teknologi aditif khas yang disempurnakan dengan teliti, dan kami memanggilnya Teknologi HyperAce.”

” HYO® bukanlah minyak motosikal yang termurah, tetapi sekurang-kurangnya pengguna atau pemilik kenderaan dapat mengalami bahawa minyak motosikal yang dirancang dengan baik akan memberikan mereka momentum, ketahanan, dan perlindungan enjin yang lebih lama.”

” Dan oleh kerana desakan untuk menggunakan bahan berkualiti tinggi, ini juga telah membentuk satu permulaan bagi mendapatkan regular customer.”

” Anda sanggup membayar apa yang anda dapat !”.

Wahhh! Bersemangat sekali kata2 dari jurucakap HYO Lube, Mr Willzent. Seperti yang Mr Willzent nyatakan, minyak HYO ni bukanlah minyak low end. Ianya adalah minyak berkualiti tinggi dengan camporan bahan2 terbaik untok menjamin kestabilan enjin motor kita. Okay, untok menunjokkan bahwa minyak HYO nih bukan calang2 punya minyak, pehak syarikat pengedar minyak nih telah melibatkan diri mereka dalam bidang racing dengan meng’join’kan jenama HYO Lube ke lembah Malaysian Cubprix! Ini sesuatu yang sangat hebat bagi sebuah jenama baru oyeahhh! Kenapa dan apakah yang membuatkan HYO Lube mempunyai konfiden/confident level yang tinggi sampai boleh terjebak ke Malaysian Cubprix? Siap jadi sponsor kat satu team Cubprix lagi tuh! Ini sangat menyenmperrrkan Gua Cakap Lu!

” Semasa kami memutuskan untuk melancarkan minyak motosikal, kami berharap dapat mencari platform atau pasukan untuk membantu kami mempromosikan minyak motosikal HYO® di pasaran Malaysia. Secara kebetulan, kami bertemu dengan Faddy Racing Team. Mereka juga telah berpartisipasi dalam Petronas CubPrix berkali-kali selama bertahun-tahun, dan berharap dapat mencari penaja yang sesuai untuk bekerjasama. Bermula dari Petronas Cubprix pada tahun 2020 tahun lalu, ini merupakan kolaborasi pertama antara HYO® dan Faddy Racing Team, dan kerjasama ini telah membuahkan hasil yaitu berjaya memenangi kejuaraan musim Pro Am 2020.”

” Maklum balas dan testimoni daripada Faddy Racing Team, HYO® Motorcycle Racing Oil SAE 10W-40 (Pao & Ester) lebih tahan lama daripada jenama yang mereka gunakan sebelumnya, dan gear tidak mudah rosak.”
” Minyak perlumbaan di dalam mesin pada suhu yang tinggi selalunya tidak dapat menahan kepanasan yang tinggi,
ia akan menyebabkan enjin tidak dapat meneruskan perlumbaan atau jem di pertengahan jalan.”
” Akhirnya, dengan teknologi HYO HyperAce PAO & ESTER ini,
masalah paling utama bagi mesin2 Racing mereka telah selesai! Faddy Racing Team telah membuktikan bahawa minyak pelincir HYO Lube varian 10W-40 (Pao & Ester) berkesan dan memberikan prestasi cemerlang didalam perlumbaan !”

Tudiaaa..testimoni dari Tim Racing pon dah ada dah Nohhh! Kalau enjin racing yang spec tinggi takdak masalah, inikan pulak Honda RS150R Pak Ali yang digunakan secara stendet ulang alik pi kerja. Kompom lah lagi terbaik hasilnya Nohhh! Paling syok lagi adalah, HYO Lube siap ada botol 1.2Liter, dan ini kompom akan membuatkan pengguna Honda RS150R hepi sebab boleh save, beli sebotol saja dah cukop oyeahhh!

Jadi, kita nak tau jugaklah berapa harganya minyak HYO Lube nih. Dah tak sabaq nak menerai dah nih Nohhh!

Okay, ini adalah harga cadangan dari pehak pengedar. Harga ini bermula dengan minyak yang paling lazim, sehinggalah kepada yang paling prestasi tinggi (Fully Synthetic) :

Racing PAO Ester Motorcycle Oil (Hdpe Bottle)
1) MAXUP – SAE 10W-40 API SN / JASO MA2 – 1L
RM 95/1L

Fully Synthetic Motorcycle Oil (Round Can)
2) F40UP – SAE 10W-40 API SN / JASO MA2 – 1L
RM 60/1L
3) F50UP – SAE 15W-50 API SN / JASO MA2 – 1L & 1.2L
RM 65/1L
RM 85/1.2L

Semi Synthetic Motorcycle Oil (Hdpe Bottle) & (Round Can : 1.2L Only)
4) 125UP – SAE 10W-30 API SN / JASO MA2 – 1L
RM 38/1L
5) 250UP – SAE 10W-40 API SN / JASO MA2 – 1L & 1.2L
RM 38/1L
6) 500UP – SAE 15W-50 API SN / JASO MA2 – 1L
RM 42/1L

Semi Synthetic Scooter Oil (Hdpe Bottle)
7) 300UP – SAE 10W-40 API SN / JASO MB – 1L
RM 38/1L

Advance Premium Mineral Motorcycle Oil (Hdpe Bottle)
8) M24-1 – SAE 20W-40 API SL / JASO MA2 – 1L
RM 28/1L

Mineral Motorcycle Oil (Hdpe Bottle)
9) M25-2 – SAE 20W-50 API SL / MA – 1L
RM 30/1L
10) M40-3 – SAE 40 API SG / MA – 1L
RM 20.50/1L

Suppyment Product (Hdpe Bottle) & (Round Can : Chain Lube Only)
11) F10W – 10W Front Wheel Fork Oil – 100ml
RM 12/100ML
12) B03 – Brake Fluid Dot 3 – 400ml
RM 15/400ML
13) B04 – Brake Fluid Dot 4 – 400ml
RM 20/400ML
14) B08 – Radiator OAT Long Life Coolant (Blue) – 1L
RM 25/1L
15) MCL-3 – Aerosol Chain Lube (Coming Soon) – 1L

Okay, cerita banyak2 sangat pon payah jugak, kena test sendiri baru tau kelebehan minyak jenama HYO Lube nih. Minyak nh dah ada dikedai2, boleh pi sambaq satu untok mencobanya. Pehak Majalah Kapcai telah mendapatkan beberapa botol minyak ni untok diuji coba test mike one two one two. Maka, dua buah jentera moden kegilaan anak muda telah dipileh untok uji coba. Boleh rujok boleh tonton video pemasangan minyak HYO Lube ni di link bawah nih:

 

Link dibawah ini pulak adalah link berkenaan Tim Cubprix yang menggunakan minyak HYO Lube:

ASYRAF DANIEL CURI TUMPUAN PADA MUSIM SULUNG

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

RASMI ! JENAMA KAWASAKI KINI DIEDARKAN OLEH EMOS/MODENAS !

KINI SGV DATANG DENGAN CAP VISOR 2 !