in

UNITED SHARK & GAGAK JAHAT IKOT BERSIDANG DI PUTRAJAYA (LUNCUR)

12 Jan 2025 seperti dirancang semua kelab permotoran yang berjenama Suzuki Txr150, Suzuki Panther, Suzuki Panther Jerung, dan supporter dari seluruh Malaya berkumpul di Putrajaya, pada hari dinyatakan dari 11 pagi sehingga 3.30 petang.

Kami datang dari pelbagai pelusuk Malaya dengan keinginan membuak-buak ikut bersidang walaupun cuaca tidak menentu (ride lencun). Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu,
Perak, Kedah semua turut memeriahkan persidangan kali ini. Macam biasa terlepas dari rumah satu kepuasan yang tidak dapat diterjermahkan oleh kaum bapa khasnya dapat ride dengan kengkawan. Seronok kemain la sang bapa hahaha…

Luncur punya luncur sampai destinasi, berkumpul dan memasuki perkarangan dataran yang ditetapkan. Suasana amat meriah dengan deruman motosikal tanda hadir. Aktiviti cabutan bertuah dan ucapan dari beberapa VIP termasuk YB Dr. Radzi Jidin turut membakar semangat anak muda, dalam ucapan beliau katanya mengamit kenangan dulu-dulu katanya. Motorsikal SUZUKI TXR150 @ dikenali sebagai SUZUKI PANTHER ada juga SUZUKI GAMMA, SUZUKI JERUNG dan seangkatannya. Persidangan disulami dengan cabutan bertuah dari pihak penganjur.

Sebelum pulang kebiasaan rider semua pastinya akan ada sesi bergambo dan salam terakhir. Apapun, Terima Kasih pada Penganjur Panther Putrajaya dan semua rakan-rakan antaranya Miji United Shark, Arn Gagak Jahat, Jep, Aizat, Yuzwan Svc, Beb Kc Seng, Shah gagak jahat, Airol JB
Panther, Asriey Panjang Kemaman, Sham Jerong, Tam, dan tak lupa Bad, Isman, Hairul Paip, Wak biar putus cinta jangan putus angina dan Semua Batalion yang turut bersidang pada hari kejadian.
BIAR TAK MARKET JANJI PUSING SEMALAYA dari kawan, Cikgu Helmi Luncurrr!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

AVETA MEMPERKENALKAN VANGUARD 250: SKUTER ADVENTURE TOURING CROSSOVER PERTAMA DI MALAYSIA.