in

BANGKITNYA SANG YAMAHA SS110 FIRST MODEL

Restorasi Hampir 80 Persen Standard Kedai!

Masa jentera Yamaha SS110 First Model dilancarkan pada 1991, Gua baru darjah 5, umor 11 tahon dan masa tu baru dok blajar bawak motor Honda C70. Maklomlah orang kampong, motor C70 tu lah yang ada pon. Itu pon Pak Sedara Gua yang punya Oyeahhh!

Yamaha SS110 adalah antara sambongan ataupon penyambong warisan jenama Yamaha di Malaysia. Sebelom SS110 keluar, Yamaha 100 Sport dan Yamaha 100 Sport 2 terdahulu menguasai pasaran. Yamaha 100 Sport agak top jugak masa ujong 80an dulu. Sifu YY Pang pon ride Yamaha 100 Sport masa race Cub Prix dulu2 Nohhh!

Datangnya SS110 telah membawak banyak jugak ciri2 baharu, lebeh canggih (masa tu lah) dan lebeh memudahkan. Antaranya adalah sistem enjinifikasinya yang dipasang YPCS (Yamaha Power Cooling System), sejenis kipas untok kasi sejokkan haba enjinnya. Lain lain ciri yang canggih masa tu adalah :

– Panel Meter yang lebeh sporti.
– Klac tangan dan suis tangan yang sporti.
– Brek Disk depan size 220mm
– Tempat pijak belakang yang seiringan dengan depan. Awek atau bini atau member kat belakang memang lebeh selesa lah dudok kat belakang. Kapak baik punya.
– Enjin 110 yang lebeh power, dengan silinder 7 liang.

Berbalek kepada jentera Yamaha SS110 yang sedang Lu Orang tengok kat page nih, ianya milek brader Adi, atau nama kat Fesbuknya Vinsmoke Adi. Adi ni pemuda berjiwa retro dan bundle, dan dia jugak adalah antara pemain2 yang agak aktif dalam bidang menjual barang2 bundle dan retro dalam Fesbuk. Buleh kata trusted seller lah dia nih. Kalau nak tanya apa2, buleh pi kat Fesbuk dia Noh! https://www.facebook.com/mohd.adii.33

Jentera ni dia beli dalam keadaan rabak, tapi yang bestnya banyak part2 penting ada dimoto nih masa dia beli tuh. Hanya kaver set saja yang tadak, dan dia bernasib baik dapat beli komplit (complete) cover set 1st model NOS dari seorang seller di Shopee. Last unit dari seller tu, dan dia adalah pembeli yang bernasib baik lah.

Proses restorasi Yamaha SS110 1st model nih tidak dibuat 100 persen ori kedai. Disebabkan jiwa modifikasi yang amat kuat didalam jiwa ( retro retro jugak, modifai tetap ada jugak sikit2 heh ), dia sumbat tayar/rim size 18 depan dan belakang (rim asal 17), dia serlom (sarong) handle grip jenama GPR (GPR adalah jenama grip/throttle grip yang amat top di tahon 90an-2000an, tapi kini hanya tinggal kenangan). Untok lebeh anggun dan menambah dengki di hati rakan2 sebaya, dia pasang pulak carrier belakang yang seperti terlihat di dalam page ni. Seat pon diserkop (tutop/covered) dengan pembalot warna kelabu, dan set cover lampu depan dan belakang pon dia pakai yang jenis Albino/cerah punya. Kalau stendet kedai signal depan dan belakang warna kuning dan lampu belakang warna merah (warna biasa dan normal bagi kebanyakkan jentera kapcai).

Bahagian enjinifikasi pulak, dia tak bikin apa2 untok bagi laju atau pikap, dia cuma servis dan bikin blasting kat head ja bagi nampak suci macam baru keluar kedai Nohhh! Ekzos pon dia tune normal aja, dan buleh kata bab2 lain tu adalah stendet ja. Kalau perasan, engkol atau kick start jentera nih nampak baru sangat2. Ya.. itu memang kick start baru yang diorder dari Indonesia oyeahhh!

Kos yang dah ranap untok restore jentera ni sekitar 2K lebeh jugak lah. Agak tak banyak sangat sebab semua kerja2 restore ni dia bikin sendiri.

Okay, Selamat menonton buat semua yang sedang menonton jentera nih, inshaAllah akan ada lagi review Yamaha SS110 lepas nih.

Kepada yang nak tanya apa2, buleh kontek Adi di Fesbuk ni : https://www.facebook.com/mohd.adii.33

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

#1 FLYERS RETRO : HONDA GBO J

VESPA SUPER 150 KUDA BESI ORI