in ,

Ride Asnaf Karnival Bulan Wakaf WAZAN UPM @ Bangi Bike Week 2019

 

Pada 30 November 2019, satu Ride Asnaf bersempena Karnival Bulan Wakaf WAZAN UPM @ Bangi Bike Week 2019. Seawal jam 8.00 pagi lagi peserta telah berada dilokasi untuk bersama-sama dalam konvoi tersebut.

Konvoi disertai 50 buah motor dan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama ke kawasan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang iaitu empat buah rumah. Kumpulan kedua ke Cheras dan Kajang iaitu lima buah rumah dan kumpulan ketiga di sekitar Sri Serdang iaitu sembilan buah rumah.

 

Flag off konvoi asnaf telah dilepaskan oleh VIP WAZAN UPM Serdang pada jam 10:30 pagi di Hospital Pengajar UPM , Serdang. Selain daripada peserta Bangi Bike Week 2019 dan ARC, konvoi juga disertai oleh staf WAZAN UPM Serdang.

Peserta konvoi berjaya menyerahkan pelbagai barang keperluan dapur untuk keluarga asnaf tersebut. Tahniah kepada penganjur Bangi Bike Week 2019, WAZAM UPM dan ARC kerana berjaya menyelaraskan konvoi amal ini.

“Come Ride With Us”

 

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Karnival 2 Roda De UPM Bangi Bike Week 2019

Usrah Santai Mat Motor 4.0 di Surau Muhibbah, Kajang.