in

Norton Motorcycles: Syarikat China Sudah Beli Hak Untok Platform Enjin 961

Norton telah menjual hak tersebut sebelum syarikat itu diletakkan dibawah akta Insolvensi (Gagal bayar hutang) baru2 nih.

Syarikat China Jinlang yang mengeluarkan jentera2 skuter dan mesin 125cc, mengatakan bahawa mereka telah membuat perjanjian dengan pemilik Norton, Stuart Garner pada akhir tahun 2019. Metro Bank memanggil pentadbir (Jabatan Insolvensi) pada 29 Januari 2020 setelah usaha mencari pelabur gagal.

Menurot Jinlang, sebelum mendapat perintah dari pentadbir Insolvensi lagi, syarikatnya dan pemilik Norton Stuart Garner telah membuat perjanjian untuk platform mesin 961, termasuk semua perkakas mesin. Maka, isu mengenai Insolvensi tidak berbangkit sama sekali.

Jurucakap Jinlang berkata: “Kami akan bekerjasama dengan rakan designer kami di Itali untuk mengembangkan motosikal baru menggunakan enjin 961, yang akan kami jual di seluruh dunia.”

Dengan berita ini, dapatlah Gua simpolkan bahawa tak lama lagi, kita akan melehat sebuah jentera jenama baru tapi menggunakan platform enjin Norton 961! Harap2 harganya pon mampu milek lah Nohhh!

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

KTM E Skoot Bakal Masok Market Tahon Depan?

Club Antique Motor Kulim Menjelajah Ke Pantai Timur : Terengganu