in

Karnival 2 Roda De UPM Bangi Bike Week 2019

Karnival 2 Roda De UPM bertemakan “Bangi Bike Week” telah berlangsung pada penghujung 2019 bertempat di perkarangan parking Hospital Pengajar UPM , Serdang. Event yang berlangsung dua hari itu meriah dengan pelbagai aktiviti yang di adakan. Antaranya pelancaran Hari Bulan Wakaf & Zakat, cabutan bertuah, konvoi amal pelajar asnaf UPM, persembahan nyanyian dan kebudayaan, pertunjukan sound car, bengkel membaiki motorsikal, bengkel chrome & painting helmet/motorsikal, persembahan artis (kerohanian), derma darah, kempen kawalan emosi & tekanan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan motoshow, pertandingan bertanjak, pertunjukan stuntshow, pertunjukan keselamatan jalan raya, Ghatering Permotoran – Family Day Bike BBW dan pelancaran Misi Masjid & Madrasah Mat Moto Se-Malaya.

Pada hari Sabtu diadakan konvoi amal pelajar asnaf UPM dianjurkan oleh ARC dan pelajar PM diketuai oleh saudara Zaidi iaitu Pengarah ARC Selangor yang bertindak sebagai marshall mengunjungi rumah pelajar asnaf dan memberi sumbangan seperti beras dan barang keperluan dapur. Pada sebelah malam pula diadakan Forum Hijrah Mat Motor yang dimoderator oleh Ustaz Ahmad Nazri manakala panel ialah Rahmat Mega dan Ustaz Rashdan. Selepas itu hadirin dihiburkan dengan persembahan busker oleh Acid Ekamatra.

Pada hari Ahad pula, lebih ramai pengunjung mula hadir di tapak event. Pada hari ini lebih banyak aktiviti yang disediakan dan yang lebih menarik lagi ialah motorshow. Sebanyak 24 ktegori dipertandingkan iaitu Yamaha Kapcai Terbuka Pilihan, Yamaha Clucth Terbuka Pilihan, Yamaha Rxz / Rzr Terbuka Pilihan, Yamaha Rx / Rxs / Rxk Terbuka Pilihan, Suzuki Kapcai Terbuka Pilihan, Suzuki Clucth Terbuka Pilihan, Honda Kapcai Terbuka Pilihan, Honda Clucth Terbuka Pilihan, Kawasaki Terbuka Pilihan, Old Model Custom Pilihan, Yamaha Moden Terbuka Pilihan, Honda Moden Terbuka Pilihan, Kawasaki Moden Terbuka Pilihan, Suzuki Moden Terbuka Pilihan, Klasik Terbuka Pilihan, Skoter Terbuka Pilihan, Motor Special Terbuka Pilihan, Motor Gempar Terbuka Pilihan, Kawasaki Retro Terbuka Pilihan, Streetcub Terbuka Pilihan, Vespa Terbuka Pilihan, Superbike Terbuka Pilihan, Chopper Terbuka Pilihan dan Modifikasi Terbuka Pilihan.

 

Turut hadir di event ialah bekas pelumba terkenal negara iaitu Zamri Baba yang terbabit insiden ngeri pada perlumbaan pusingan dua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Sentul, Indonesia, pada 7 Jun 2015. Akibat kemalangan ngeri itu dia terjatuh serta dirempuh pelumba di belakangnya mengakibatkan beliau mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selain patah tangan. Selepas kemalangan itu, punca pendapatan hilang dan Zamri Baba kini mempunyai kad Orang Kelainan Upaya (OKU), daripada situ sedikit bantuan diterima. Atas inisiatif pihak penganjur Karnival 2 Roda De UPM “Bangi Bike Week”, Zamri Baba dibawa ke event bagi menghargai jasa beliau sebagai bekas pelumba yang pernah mengharumkan negara. Juga disediakan tabung khas untuk para pengunjung menderma bagi meringankan beban beliau.

 

Acara kemuncak yang dinantikan alah acara stunt oleh Gaban menggunakan motorsikal beliau iaitu Yamaha RXZ. Walaupun trek basah selepas hujan itu tidak menghalang Gaban menunjukkan aksi-aksi yang extreme. Rata-rata penonton terhibur dengan persembahan mantap dari beliau. Karnival 2 Roda De UPM “Bangi Bike Week” melabuhkan tirai dengan kiraan sebanyak 13,500 pengunjung sepanjang dua hari data diambil oleh pihak hospital dan wakil Malaysia Book of Records. Wakil penganjur, Saiful Nizam berkata kehadiran pengunjung melebihi jangkaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong event ini terutama kepada semua kelab-kelab motorsikal.

‘Come Ride With Us”

 

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

RIDE AMAL RXZ GENERAL MALAYSIA

Ride Asnaf Karnival Bulan Wakaf WAZAN UPM @ Bangi Bike Week 2019