in

TOK WAN ISMAIL DIN : Ini Atok Memang Lejen!

Ini Malaysia. Seorang ahli politik mana2 parti boleh lompat ke satu tempat parti lain tanpa apa2 masalah dan dapat imbuhan selagi mereka didalam bidang politik. (kecuali dalam parti2 tertentu yang ada mengenakan syarat2 tertentu, itu cerita lain). Sebab tu masing2 berlumba untuk menjadi ahli politik. Selagi boleh cantas pesaing masing2 selagi itu mereka cantas. Ingat politik itu kadang2 menyeksakan dan menjerihkan. Dalam manis ada pahitnya. Sedarlah jangan ingat hari ini anda berkuasa selama-lamanya anda akan berkuasa. Tepok dada muhasabah diri, jika tak cukop lajak ke muhasarawak. Diaq tulis macam nak jadi ahli politik dah nih heh.

Salam dan selamat sejahtera. Kali ini kita berkenalan dengan cikgu pencen yang bernama cikgu Wan Ismail Din. Tapi kami dok panggil Tok Wan saja. Semasa muda beliau selalu bacpacker. Akhirnya selepas pencen lagi ligat Tok Wan ni berkelana. Kali ni lagi sempoi sebab naik motosikal cub petak saja noh.. GBO.

Kalau abang, adik dan kakak nak tau motosikal ini dah sampai ke thoundsand corner (1000 Corner, Mae Hong Song Thailand) tau.. Tak cukup nak cerita lagi. Kalau tak boleh bawak motosikal ini masuk Laos makanya dekat Laos beliau dan rakan2 sewa motosikal dan melakukan kembara di bumi Laos. Jadinya kita yang dok keja pagi petang balik malam pakat dok melopong la dengar cerita kawan2 mengembara ke seluruh pelusuk bumi. Betullah masing2 ada komitment dan masing2 ada cara tersendiri kan. Saja Diaq bagitau. Minat juga travel2 dan backpacker ni padahai cuih Diaq mana pun tak pi. Kita baca buku travel dah la kot.

Dari Medan sampai ke Aceh pon telah beliau dapat dan seminggu 2 jugak di sana beliau ride. Macam perumpamaan kalau tidak cukup ilmu di dada tidak aku merentasi Terusan Suez. Kalau tidak cukup taktikal takkan Mesir mampu mengalahkan Israel dan merampas kembali Semenanjung Sinai dari Israel. Syria dan Jordan pun tak mampu ooo.

Jentera ini bahagian enjin diamanahkan kepada Din Langgaq dalam kata lain hang buat la kot mana pun Din janji Tokwan sampai selamat pergi dan balik ke 1000 corner. Setelah enjin tiptop makanya keselesaan amat dititikberatkan oleh Tokwan. Seat yang selesa dan di tambah dengan back rest dibelakang. Walaupun box Givi dipasang di belakang namun dikiri dan kanan turut dipasang rack besi untuk membawa muatan yang lebih. Tayar tubeless dan sportrim depan dan belakang menyerlahkan lagi Honda Cub Tok wan ini.

Anda rasa saya ada masa nak pening kepala? Ada la kalau keja tak siap kan… Nak tambah lagi barang ketika ride 2 raga Tok Wan sediakan. Satu di bahagian hadapan dan satu standard original moto cub lah.. Bagi tujuan keselamatan lampu utama custom digandingan dengan lampu spotlight Led. Baru mari bak kata orang Penang! Kalau malam tak berapa nak nampak sangat, makanya Tok Wan pasang pulak meter RXZ. Windscreen depan turut dipasang untuk mengelakkan dari terkena batu dan serangga Undoq Undoq ketika ride.

Apa2 pun bila jumpa dengan Tok Wan memang beliau seorang yang sempoi habeh. Nasihat beliau kalau ada sesuatu masalah jangan cepat melatah. Rilek dan cool saja. Selebihnya minta dari Yang Maha Berkuasa. Aminn..

Facebook beliau: Tok Wan Ismail Din

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Kaler Baru Yamaha NVX 2020!

GIVISTA CAMERON RIDE 2020