in

KTM E Skoot Bakal Masok Market Tahon Depan?

KTM bersama Bajaj Auto (member production di India) akan melancarkan segmen E- Skoot (Skuter Elektrik) tidak lama lagi. Lu orang boleh tengok sendiri design E – Skoot dari KTM ni. Kool dan Ganas oyeahhh!

Mau nak diikotkan, tahon depan adalah tahon yang dorang target untok melancarkan model nih, manakala tahon 2022 dah boleh dipasarkan dah. Oh ya, jentera E Skoot ni akan diproses pengeluarannya di kilang Bajaj yang terletak di Pune, India. Tapi kalau ikot situasi Pandemik Covid19 sekarang ni, dan negara India antara yg terjejas terok pulak tu, kami dari Majalah Kapcai merasakan kemungkinan besar target pelancaran E Skoot ni bakal tersasar. Apapon ayoh berdoa agar dunia kembali sehat. Amin…

Buat masa ni, dah ada beberapa model E Skoot yang dah sedia untok masok market. Berkemungkinan E Skoot untok jualan dalam negara India akan guna nama Bajaj, dan E Skoot untok eksport ke luar negara akan dibuboh jenama KTM.

Menurut Stefan Pierer, Ketua Eksekutif Pierer Mobility, “Pelbagai produk dalam segmen skuter elektrik akan dihasilkan dari tahun 2022 di bawah jenama kedua-dua rakan kongsi”.

” Jentera KTM dah femes dengan basikal motorkross elektriknya yang disebut Freeride. Freeride E-XC terbaru adalah model on road yang dilengkapi dengan motor elektrik 18kW, dan boleh jalan kira2 selama 90 minit. Projek E-Skoot baru antara Bajaj dan KTM kemungkinan besar akan merangkumi perjalanan harian antara rumah dan tempat kerja dalam usaha mereka untuk menyediakan pakej yang boleh dipercayai yang juga menjaga alam sekitar. Kalau setiap kali cas boleh gerak sejauh 60-100 kilometer, dah tentu ramai warga yg akan minat nak pakai E Skoot ni…”, tambahnya lagi.

Adakah model E Skoot ganas tapi kool ni akan masok Malaysia? Hanya Paksu E yang mempunyai jawabannya…

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

BENELLI TNT 135 Versi 2020!

Norton Motorcycles: Syarikat China Sudah Beli Hak Untok Platform Enjin 961