in

V GOOD MOTORCYCLE KINI MENJADI DEALER RASMI AVETA

V Good Motorcycle terletak di Taman Sri Rampai Kuala Lumpur secara rasminya menjadi penjual eksklusif bagi jenama Aveta, terutamanya Aveta Ranger Max Explorer 130 serta Aveta Ranger 110 dan 115.

Majlis pelancaran telah berlangsong dengan jayanya baru2 ini, dihadiri beberapa orang kenamaan antaranya Mr Steven Lim selaku wakil dari Aveta Malaysia, Bekas Menteri Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin serta Raida2 pemilek Aveta Ranger seluroh Malaysia.

Dari hari ke hari, pembeli jentera Aveta Ranger Max Explorer makin bertambah, maka perlu ada sebuah atau lebeh banyak lagi bengkel2 yang menjual motorsikal serta aksesori berkaitan. V Good Motorcycle kini telah menjadi ‘one stop centre’ buat pemilek2 Aveta di lembah klang. Di kedai ini, bukan sahaja hanya menjual jentera jenama Aveta, ianya juga menyediakan khidmat servis, operate enjin, modifikasi atau penambahan aksesori yang berunsorkan pengembaraan serta boleh jugak menjadi tempat lepak bertukar-tukar fikiran.

Kepada pemilek Aveta Ranger yang tinggal di luar atau dari kawasan lembah Klang, jika ingin order ‘crash bar’ atau apa2 aksesori berkaitan pengembaraan, inilah kedai yang patot Lu Orang kontek Nohhh! Jangan risau, tokey kedai ni sangat peramah dan tak pernah jemu melayan setiap soalan. Boleh kontek Dato’ Mawi @ Wan Asmawi di talian 019 7800 780.

Selamat Maju Jaya buat V Good Motorcycle Nohhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

AVETA RANGER MAX EXPLORER MEMANG UNTOK KAKI KEMBARA!

AVETA MALAYSIA MEMPERKENALKAN VADV V2: MODEL SKUTER YANG BERTEKNOLOGI SMART-HYBRID, HARGA HAMPIR 14K.