in

AVETA MALAYSIA MEMPERKENALKAN VADV V2: MODEL SKUTER YANG BERTEKNOLOGI SMART-HYBRID, HARGA HAMPIR 14K.

Aveta Malaysia Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan varian terkini Aveta VADV V2 dengan penampilan yang lebih bergaya melalui warna terkini yang lebih urban. Skuter hibrid pintar yang pertama di Malaysia ini menawarkan teknologi Smart Hibrid dimana trenkuasa skuter ini mendapat bantuan Hibrid (Hybrid Assist) untuk pecutan menerusi Generator Motor Pintar (Smart Motor Generator). Menggabungkan teknologi canggih dengan beberapa penambahbaikan terkini menjadikan VADV V2 ini peneraju kepada revolusi motosikal mesra alam.

Dengan kuasa enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal SOHC penyejukan cecair, apa yang menarik mengenai VADV V2 ini, teknologi hibrid yang dikenali sebagai EQ Boost ini menjana kuasa elektrik tambahan daripada 3 saat kepada 10 saat yang digabungkan dengan kuasa enjin dalam pada masa yang sama. Ini memberikan pengalaman pecutan lancar dan menyeronokkan kepada penunggang.

Cukup menjimatkan minyak, enjin ini mampu menjana kuasa sehingga 12.1 kW dengan tork 14.6Nm. Dilengkapi dengan tangki minyak berkapasiti 9.3L, ia sememangnya ideal untuk perjalanan harian anda.

Dari segi prestasi keselamatan, VADV V2 menawarkan Sistem Brek Anti Kunci (SAF ABS) di kedua-dua brek hadapan dan belakang. Sistem ABS ini mampu membantu dalam meningkatkan kestabilan pada situasi kecemasan dan mengurangkan risiko kemalangan. Tambahan juga, varian terbaru ini dilengkapi dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS) yang dapat mengurangkan ‘wheelspin’ lalu memastikan pergerakan lebih efisien dalam apa jua keadaan tunggangan.

Bukan itu sahaja, skuter ini juga dilengkapi dengan sistem lampu depan adaptif (AFS) yang menyesuaikan sinaran cahaya berdasarkan sudut tunggangan secara automatik. Dengan paparan TFT 7 inci, ia menyediakan maklumat yang jelas dan komprehensif kepada penunggang, manakala sistem tanpa kunci memberikan lebih kemudahan dan keselamatan buat pengguna.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim menyatakan “VADV V2 bukan sekadar skuter yang dilengkapi dengan keselamatan tetapi merupakan skuter yang menawarkan tunggangan urban lifestyle dimana kami gabungkan prestasi, gaya dan teknologi dalam satu pakej. Ini adalah visi kami untuk mengubah cara interaksi dan penglibatan kami di dalam industri ini dan untuk membuktikan bahawa VADV V2 mampu menjadi peneraju motosikal hibrid di pasaran Malaysia”

Kini VADV V2 hadir dalam dua pilihan warna iaitu Royal Blue dan Pristine White. Harga bermula RM13,980 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Untuk maklumat lebih lanjut tentang motosikal Aveta di Malaysia, sila lawati www.aveta.com.my.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

V GOOD MOTORCYCLE KINI MENJADI DEALER RASMI AVETA

DENGAN HARGA ASAS RM14.5K, INILAH WMOTO ES250i EDISI KHAS!