in

AVETA RANGER MAX EXPLORER MEMANG UNTOK KAKI KEMBARA!

Walaupon pernah menggunakan jentera yang lebeh tinggi performance sebelom nih, ternyata kehadiran Aveta Ranger Max Explorer 130 dipasaran telah menyihir hati dan perasaan Brader Kay atau Khairul ni Nohhh!

Jentera ni baru jugak dia beli, dalam 4 atau 5 bulan lepas aja, tapi sebelom beli dia dah lukis siap2 dah dalam kepala otak, nak bikin jadi gini, nak tambah itu nak edjas ini. Ternyata selepas seminggu jentera nih keluar kedai, penampilannya total gila, atau dalam bahasa masakini, Terpaling Turing Joyeahhh!

Penambahan2 yang dilakukan agak lumayan banyak bahkan hebat2 jugak. Dengan Boks Givi kat belakang, dengan set lampu2 spotlight didepan, dengan seat yang dipinda menjadi empok seempoknya dan dua tiga benda lagi yang disentoh/, maka jentera ini menjadi perhatian kesemua hadirin dan hadirat di tapak event Classic Friendship Pattani baru2 ini.

Gua ambik kesempatan untok cuba terai test ride motor nih haritu. Bukan apa, nak tau jugak apa rasanya bila kita ride sebuah jentera yang dah macam kabinet bergerak nih. Lagi2 brader Kay ni ride all the way from Subang Jaya Selangor ke Pattani nih. Nak tau la jugak camna rasanya kan.. Ntah seronok tak terhingga ka, atau terseksa dihimpit gelisah jiwa kerna tak dapat beraya bersama di Syawal nan sendu ohhh…

Bila dah test satu round, ternyata jentera ini telah dilaras dan di’tune’ dengan amat baik sekali oleh Brader Kay. Walau nampak jentera ni penoh dengan kotak2 dan bermacam merga lain lagi, ianya amat stabil ketika ditunggang. Mungkin antara faktor sedap tu adalah disebabkan penukaran size tayar dari 16 kepada 17 (dia setting depan dan belakang sama size).

Dengan tangki 8.5 liter, dia berjaya mencecah kejauhan kira2 260-280 KM jugaklah dengan purata kelajuan 100KMJ. Kepada sesiapa yang maseh meragui, Brader Kay telah membuktikan full tank buleh pergi sejauh 280KM Joyeahhh!

Okay, paparan cerita ini hanyalah untok menguatkan fakta kepada Raida2 diluar sana agar lebeh yakin untok memiliki jentera ini. Bukan apa, maseh ada jugak lagi yang ragu2 berkenaan dengan jentera ini (dari segi kemampuan dan sebagainya). Testimoni dari brader Kay selaku pemilek Aveta Ranger Max Explorer 130 ini diharap dapat memberikan lebeh keyakinan kepada Lu Orang diluar sana untok memilekinya satu hari nanti.

Selamat Maju Jaya buat brader Kay! (Alhamdulillah dia dah berjaya tamatkan kembara di wilayah selatan Thailand dengan selamat.)

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

VOGE FORMICA ROSSA 150: Setelah Lebeh Sebulan Berlalu, Apa Khabarnya Sekarang Ini?

V GOOD MOTORCYCLE KINI MENJADI DEALER RASMI AVETA