in

SUZUKI MALAYSIA LANCAR TIGA MODEL SERENTAK !

Satu Famili Satu LTD !

SUZUKI Malaysia (SMSB) hari ini telah melancarkan tiga model 150 cc untuk pasaran Malaysia. Tiga model tersebut adalah Suzuki GSX-R150, Suzuki GSX-S150 dan Suzuki Raider R150 Fi. Sebuah model Edisi khas kolaborasi antara Suzuki dan Azlan Shah (merah) turut dilancarkan.

1. SUZUKI RAIDER R150 Fi
Suzuki Raider R150 Fi adalah bayangan dari Suzuki Belang yang pernah popular satu ketika dahulu sebelum Kapcai Yamaha Y15 dan Honda RS 150R serta SYM VF3i dibawa masuk ke Malaysia. Dari segi reka bentuk luaran tidak banyak perubahan antara Belang dan Raider R150 Fi. Enjin dan prestasi masih sama namun Raider R150 Fi memilik kelebihan kuasa kuda yang lebih tinggi berbanding moped 150cc yang lain. Raider R150 Fi dibekal dengan enjin 147cc TwinCam 4 injap DOHC 4 lejang 6 gear, sejukan cecair, serta Suntikan bahan api. Kuasa Raider R150 Fi mampu mencapai sehingga 18.2hp pada 10,000 rpm dan tork 13.8Nm pada 8,500 rpm.

Majalah Kapcai (versi cetak) pada suatu ketika, yakni ketika Suzuki Belang 150 dilancarkan buat pertama kalinya di Malaysia dulu, telah dengan hormatnya meletakkan jentera Belang 150 sebagai Kaver Stori. Maaf terlupa isu ke berapa, tapi di Kaver Stori tersebot kami telah melakukan sesi test Ride jentera Belang 150 dan ianya telah membuatkan kami terkesima dengan kemampuan enjinnya. Dan setelah berpuloh tahon menunggu, maka harini dengan rasminya adik kepada Belang yaitu Raider 150 Fi pon masok ke Malaysia. Ya… memang benar tangki minyak Suzuki Raider R150 Fi ni lebeh kecik berbanding pencabar-pencabar terdekatnya, tapi tang Horse Power, Suzuki Raider R150Fi adalah King!
Suzuki Raider R150 Fi ini dijual dengan harga RM8,173.00 dengan dua pilehan kaler menarek.

2. SUZUKI GSX-R150 2022
Inilah model yang pastinya jugak sebagai pencabar kepada seteru-seterunya yang lain dalam segmen jentera 150 fullfairing. Honda dengan CBR150R nya, Yamaha dengan R15 nya, maka Suzuki dengan GSX R150 nya lah. Bagi GSX R150, enjinnya single silinder macam biasa, 6 gear dan ianya berkuasa kuda 19HP pada 10,500 rpm. Tangkinya 11 liter, Brek disk depan dan belakang serta beratnya adalah 131KG.
Harganya pulak adalah RM 11,329.00

3. SUZUKI GSX-S150 2022
Model ni adalah versi naked, mungkin ingin bersaing dengan Yamaha FZ150i dan kedatangan model GSX S150 ni memang amat2 dialu alukan lah sebab disini (Malaysia), kalau ditanya kat geng kaki turing, ramai yang akan pileh Yamaha FZ 150i sebagai jentera pilehan. Lepas nih, buleh lah kita test Suzuki GSX S150 nih pulak Nohhh!
Jentera ni beratnya ringan sekilo daripada GSX R150, mungkin sebab faktor takdak fairing kot?
Harganya pulak adalah RM 10, 289.00.

Dengan terlancarnya 3 model Suzuki terbaru nih, nampaknya meriahlah semula dunia permotoran tanahair kita Nohhh! Kali ni baru best dan mercik belemoih Gua cakap Lu!

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

ELEMEN SEMPOI TERKINI DARI YAMAHA XMAX 2022

MARI TEST RIDE MODENAS KARISMA 125S! POWER KE TAK ?