in

ELEMEN SEMPOI TERKINI DARI YAMAHA XMAX 2022

Jentera Skoot Maxi sado ni telah dibuat sedikit perubahan kecik untok menambahkan lagi kelazatan ketika mengRiding di jalanan. Yamaha X-Max 250 nih semua orang dah tau dah akan kehebatannya dijalanan, tapi pehak Yamaha nak kasi lagi tambahan agar ianya lebeh jelita dan mempesonakan Oyeahhh!

Model nih didatangkan dengan EU compliance, maknanya enjinnya ikot stendet Eropah lah dari segi pembakaran dalamannya tuh. Kali nih X-Max datang dengan Smoke Flasher Lens, remote smart key yang direkabentok baru, dan kali ni ada seleksi warna baru yakni Icon Grey dan Power Grey.

Harganya pulak adalah RM 21,998 (tak masok insuran dan rodtek) dan setiap pembelian jentera X-Max 250 nih akan mendapat Disk Lock/Kunci Disk jenama Yamaha.
Okay, itu saja berita terkini dari Hong Leong Yamaha. Teros Rock N Ride Bersama Yamaha Nohhh!

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

ALLIANZ MOTORCYCLE PLUS, SKIM INSURAN PERCUMA BUAT PEMBONCENG MOTOR !

SUZUKI MALAYSIA LANCAR TIGA MODEL SERENTAK !