in

MARI TEST RIDE MODENAS KARISMA 125S! POWER KE TAK ?

Terkini Dari GIVI khas buat Turing Raida !

Modenas Karisma 125S adalah sebuah skuter edaran Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) yang telah diberi penambahbaikan luaran bersesuaian dengan perkembangan dan kemajuan teknologi permotoran semasa.

Karisma 125S adalah sebuah skuter yang sesuai untuk tunggangan variety, samada menunggang secara santai dan lasak didalam mahupun diluar bandar atau melalui laluan berbukit yang tinggi seperti di Genting Highland mahupon Mae Hong Song!

Dengan kuasa 9.38Hp yang dibekalkan, jentera automatik Karisma 125S ni mampu untuk melayan laluan yang berliku dan berbukit dengan lancar walaupun membawa pembonceng. Karisma 125S masih steady dan selamba sahaja mendaki sehingga ke puncak Genting Highland tanpa menghadapi sebarang masaalah. Karisma 125S mampu menghadapi cabaran laluan yang mencabar disepanjang perjalanan menuju ke puncak Genting Highland seperti selekoh yang ‘tajam’, laluan yang curam dan mendaki laluan bukit yang agak menegak dengan penuh selesa dan bergaya. Cengkaman brek ketika membrek di laluan bercuram dan berselekoh juga amat baik kerana Karisma dilengkapi ‘disc brake’ dibahagian hadapannya. Anda tidak perlu ragu ragu menunggang Karisma 125S ketika manaiki atau ketika menuruni Genting Highland atau dimana mana laluan yang berbukit seumpanya.

Nota Editer : Cuma nak pesan, kalau nak brek, jangan tarik brek yang depan tu secara mengejot. Banyak kejadian eksiden berpunca daripada tindakan membrek (brek Depan) dengan mengejot, akibatnya tayar depan teros grip dan motor akan terjerumos ke lembah yang hina lah oyeahhh! Pada masakini, banyak jentera2 yang dipasangkan ABS kat sistem brek depan dan belakang, dan ABS nih amat2 membantulah daripada berlakunya brek mengejot tuh Nohhh!
Maka dengan ini, kami di Majalah Kapcai, majalah yang hina, majalah picisan bahkan langsong tidak femes ini ingin menyeru kepada semua pengeluar2 motorsikal, lebeh2 lagi motorsikal kategori Kapcai/underbone agar dapatlah kiranya dipasangkan sistem ABS kat jentera2 keluaran masing2. Kos/harga motor mungkin bertambah sikit, tapi apa lah yang nak dikira sangat kalau dibandingkan dengan keselamatan Raida2 Kapcai.

Kadang2 Gua rasa pelik, sebab ada jugak pengeluar2 motor yang bikin dua kategori ataupon dua pilehan di majlis pelancaran motorsikal mereka. Satu option/pilehan untok jentera yang takdak ABS, dan satu lagi yang ada ABS. Harganya berbeza lah antara ABS dan tadak ABS tuh. Persoalannya disini adalah, awat (kenapa) tak seragamkan saja dengan kesemuanya dipasangkan ABS. Ini isu keselamatan, dan kat sini dok nampak isu keselamatan/ isu nyawa Raida2 nih seolah2 macam permainan dan hiburan saja. Seolah2 bunyinya gini ; Lu nak lebeh safety, beli yang ada ABS nih tapi harga mahal sikit lah. Kalau nak safety yang biasa2, Lu beli lah yang takdak ABS nih.. Harganya murah sikit…
Ya… mungkin strategi macam ni akan okay ditahon 80-90an nan silam. Tapi sekarang nih, di dalam dunia yang maju, dan kesedaran tentang keselamatan jalanraya yang makin tinggi, rasanya dah tak relevan dah. Raida2 Kapcai harini dah bijak, dan depa ada bajet yang mencukopi untok membeli sesebuah jentera yang lengkap ciri2 keselamatan tertinggi. Maka, seruan buat pehak pengeluar motor, lepas nih tolong sediakanlah ciri2 keselamatan yang paling maksimum kat jentera2 yang nak dikeluarkan. Dalam bab nih, kita fokus kat sistem brek ABS. Seragamkan saja tanpa perlu bikin dua versi macam sebelom2 nih. Keselamatan bukanlah feshen ataupon trend, keselamatan adalah isu nyawa.
Nota : JPJ mungkin boleh buat akta baru dimana setiap motor baru yang nak dilancarkan, wajiblah ianya dilengkapi dengan sistem brek ABS. Dan kepada Raida2 yang tak suka sistem ABS, lepas beli motor tu, buang aja lah sistem ABS tu. This is senang aja kan!

Okay kita balik kepada cerita Skoot Karishma 125S nih. Walaupun skuter bukanlah jenis dari kenderaan yang direka untuk kelajuan namun Karisma 125S mampu meluncur sepantas 110Km sejam dengan lancar tanpa rasa goyang dan gegaran yang ketara pada bahagian handle. Kelajuan ini mencukupi dan bersesuaian bagi sebuah skuter yang berkapasiti 125cc. Brek hadapan yang dipasang dengan “disc brake” mampu memberikan kenyakinan yang lebih kepada penunggang untuk melakukan pembrekkan secara mengejut dengan selamat dan tepat jika berlaku sesuatu kecemasan ketika sedang menunggang pada paras kelajuan maksima. Tayar yang dipadankan dengan rim bersaiz 14 inci memberikan kepuasan dan keyakinan kepada penunggang untuk menunggang pada kelajuan maksima tanpa ragu2.

Ketika menunggang dilaluan biasa Karisma 125S juga selesa dan sangat berbaloi dari segi penggunaan petrol. Setiap isian penuh tangki ( 5.1 liter ) ia mampu bergerak sehingga sejauh 240 Kilometer! Ini bermakna dengan satu tangki penuh petrol, Karisma 125S boleh ditunggang tanpa henti (jika anda mampu lah 😊) dari Kuala Lumpur sehingga ke Bandar Muar di Johor atau dari Kuala Lumpur ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar di Perak. (Nota:Menunggang tanpa henti membantu anda menjimatkan masa dan wang ringgit kerana anda tidak perlu lagi untuk berhenti mengisi petrol, menghisap rokok dan makan atau minum)🤣.
Penunggang juga tidak perlu lagi untuk membawa “power bank” untuk perjalanan jarak jauh (Ride balik hari) kerana Karisma 125S kini telah dilengkapi dengat port chajer (Charger) bagi membolehkan anda mengecaj handphone ketika dalam perjalanan.

Pengalaman menunggang Karisma 125S didalam bandar nyata menyeronokan kerana “Pick up” skuter Karisma 125S yang padu pasti memuaskan hati pemiliknya. Dengan rekabentuk yang slim & seksi ditambah dengan kuasa 9.38Hp, Karisma 125S mampu beraksi lincah mencelah dan menciluk diantara deretan kenderaan didalam kesesakan dibandar bandar. Disamping mampu mencelah dan menciluk ( Perlis Benci Orang Yang Menunjok Nunjok Di Jalan Raya ), ketangkasan Karisma 125S juga tidak boleh dinafikan. Karisma 125S mampu berada dikelompok hadapan bersaing bersama motorsikal kapcai yang lain ketika permulaan lampu hijau ditrafik light (terpulang juga kepada siapa penunggangnya😁). Kelincahan Karisma 125S beraksi didalam bandar sesuai untuk pengguna yang menggunakan kenderaan 2 roda untuk berulang alik ketempat kerja atau yang bekerja sebagai “raider”.

Disamping memenuhi tuntutan EURO4, Karisma 125S juga dilengkapi dengan ciri ciri menarik yang lain seperti suis membuka seat diletak sekali bersebelahan dengan kunci utama, lampu jenis LED depan belakang, lampu nyalaan siang, reka bentuk meter yang lebih menarik, ruang simpanan barang 14 liter dibawah seat, dua ruang kecil untuk simpan barang pada bahagian hadapan, soket pengecasan USB, serta signal kecemasan(hazard light).

Harga jualan bagi Karisma 125S ini bermula dari RM5,397 (atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan).
Rock N Ride Bersama Modenas !

Teks dan Gambar : Asri M. Nor.

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

SUZUKI MALAYSIA LANCAR TIGA MODEL SERENTAK !

SELEPAS WMOTO ES125, KINI DILANCARKAN WMOTO ES250i PULAK OYEAHHH ! RM13,888.00 JERRR…