AMI Suzuki Malaysia telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya bersama Anak-Anak Yatim dari Rumah Perlindungan Safiyyah, Alam Budiman, U10, Shah Alam, Selangor. Majlis turut dihadiri oleh Group Executive Chairman, Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahya, Director, General Manager, Dato’ Jeffrey Lim Chee Sing dan lain lain pegawai dan staf Suzuki Malaysia.
Hampir 400 pemilik motorsikal Suzuki model lama dan baharu telah hadir untuk memeriahkan majlis tersebot yang diadakan di sebuah dewan di Setiawangsa Kuala Lumpur. Beberapa group permotoran Suzuki seperti kelab Suzuki V-Strom, Suzuki Raider 150, Suzuki RG, Suzuki Panther, Skuter VS125 dan lain-lain kelab permotoran Suzuki yang datang dari sekitar Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak turut hadir memeriahkan majlis yang diadakan khusus untuk pemilik motorsikal Suzuki.
Suzuki Malaysia turut menjemput anak-anak yatim dari Rumah Perlindungan Safiyyah, Alam Budiman, U10, Shah Alam, Selangor sebagai tetamu istimewa untuk menyerikan majlis pada tahun ini. Ini adalah penganjuran rumah terbuka Hari Raya kali kedua oleh Suzuki Malaysia, penganjuran kali pertama telah diadakan pada tahun lepas. Untuk memeriahkan majlis kali ini Suzuki Malaysia telah menjemput kumpulan “busker” untuk menghiburkan pengunjung dan juga mengadakan hadiah cabutan bertuah.
Tuan Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahya dan Dato’ Jeffrey Lim Chee Sin telah menyampaikan sumbangan kepada wakil rumah kebajikan dan turut menyampaikan “duit raya” kepada anak-anak yatim yang hadir di majlis hari ini. Suzuki Malaysia juga turut melakukan kutipan “derma kilat” untuk memberi peluang kepada tetamu yang hadir memberi sumbangan kepada Rumah Perlindungan Safiyyah.
Di samping mengadakan majlis jamuan Hari Raya, Tuan Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahya dalam ucapan aluannya berharap dengan adanya penganjuran majlis seperti ini akan dapat mengeratkan silatulrahim dan hubungan mesra antara pemilik motorsikal Suzuki dan syarikat Suzuki Malaysia dan turut mengeratkan silatulrahim, persahabatan dan dapat saling mengenali antara satu sama lain di kalangan pemilik motorsikal jenama Suzuki di Malaysia.
Comments
Loading…