Jentera nih sebenarnya dibikin untok dijadikan sebagai hadiah dalam satu acara, tapi disebabkan ada sikit teknikel problem, maka ianya tak jadi dibawak ke majlis tersebot. Tukang buat motor nih pon ubah fikiran, maka dipendekkan cerita, jentera nih dia nak jual lah kepada sesiapa yang teringin.
Buatan ‘kilang’ tempatan bernama Eastern Bobber, jentera berasaskan Cafe Racer ini menggunakan enjin daripada Modenas Jaguh. Enjin saja dia pakai Jaguh, part yang lain2 adalah ‘Kastem’ seratos peratos. Tangki jentera nih dibentok dengan Fibreglass, dan kat bahagian belah kiri tangki tu di’reserve’ satu area untok letak bateri dan segala macam barang2 elektronik lah. Nampak sangat bijak dan kemas design tempat letak bateri nih, dan ini adalah salah satu kehebatan Omar selaku tukang ‘Kastem’ motor level antarabangsa tapi maseh berjiwa lokal dan sentiasa menggemari lagu S Jibeng, Musafir Di Aidilfitri dan Dato’ Shake, Umi.
Bahagian hadapan, yakni bahagian hendal bar, sudah semestinya menggunakan format Cafe Racer yang sangat ber’Asas’ bahkan pada bahagian seat jugak memang dalam mazhab yang sama tanpa dakwa dakwi lagi. Cuma, bahgian bontot jentera nih tidak dibentok menjadi benjol ataupon separa bulat, bahkan bentoknya agak tirus bak ekor Jebon. Bentok ekor yang tak berapa nak bulat ni boleh mendatangkan perdebatan hangat di medan Fesbuk nih keh keh keh!
Bahagian tayar jugak agak menarek sebab ianya menggunakan tayar size 19. Belakang dia punya size 100/90/19 manakala depan pulak 90/90/19. Part tayar nih memang sangat nice dan kool aja untok sebuah Cafe Racer. Menarek jugak untok ditulis disini adalah part brek disk belakang. Ianya diletakkan/dibina dibahagian kiri, bersamaan dengan Sproket belakang. Menurot Omar, kejadian meletakkan brek disk kat bahagian kiri ini tidak dirancang langsong, tapi tiba2 saja idea datang disaat akhir dan terhasillah brek disk kat sebelah kiri tuh. Kalau Lu Orang perasan, rim belakang jentera nih sebenarnya adalah rim depan, kan ada brek disk tu belah kiri. Tapi Omar punya terer tak terer, dia sudah bikin kreatif, dia sudah tarok rim depan tu kat belakang motor nih, dan dia cuma bikin satu ‘bracket’ kat disk brek tu untok letak sproket kat atas disk brek tu. Lu Memang terer la Brader!
Dan, perkara paling mengerikan pada Cafe Racer ini adalah pada bahagian seat. Ianya dikomplot dengan satu batang Absorber dibawah seat yang dibiar lompong. menurot Omar, ciptaan nih bukanlah yang pertama kali dia buat, sebab dulu masa dia kat Abu Dhabi dia dah pernah bikin camni dah ka sana. Cuma kali nih saja lah dia bikin lagi sekali demi mendedikasikan ciptaan dia nih kepada pesakit prostat sempena Gentleman Distinguish Ride oyeahhh! Amaran buat Raida2 yan ‘laboh’, sila pakai alat ‘protekshen’ yang lebeh mantap dan rapi kalau nak ride jentera ini, dibimbangi kejadian dalam filem Manap Karaoke berulang kembali kalau tak dibuat persiapan sebelom ride. Seksa oooo kalau terapit lato-lato Nohhh!
Jentera nih kalau tengok dari tepi memang akan nampak macam frame rigid (takde sistem saspensi kat bahagian belakang), tapi sebenarnya ianya disembunyikan dibawah seat. Ada satu ‘Rocker Arm’ dibawah bahagian belakang tuh, yang berfongsi sebagai penghantar serapan hentakan yang menyambong ke Absorber dibawah seat jentera nih. Ini semua adalah kejuruteraan dari Eastern Bobber yang sukar untok Gua ceritakan disini secara detail, sebab Gua sendiri pon maseh belajar di peringkat mengenal nombor spanar Nohhh!
Okay, itulah serba sikit mengenai Cafe Racer dari Omar Eastern Bobber, dan jentera ini sebenarnya belom dicat dan dipolish lagi. Tapi, kalau ada yang berminat, bolehlah kontek Omar untok beli jentera ini dan dia punya harga hanyalah RM10K Ajerrr. RM10K tu bukanlah dalam kondisi seperti dalam gambar ni, ianya pasti akan siap dengan warna yang gilang gemilang serba baru lah. Jangan lama2 tunggu, teros kontek/wassap kat Omar secepat mungkin. +6018 323 5600.
Notaediter: Sebagai pemberitahuan, Omar dan Isterinya akan mengerjakan Haji pada Jun 2023 ini. Sama2 kita mendoakan sahabat kita ini dipermudahkan segala urosan ketika di tanah suci Mekah, dan mendapat Haji yang Mabrur inshaAllah. Mohon Bro Omar tak lupa mendoakan kebaikan buat kita disini jugak Nohhh!
Amin…
Comments
Loading…