in

HIMPONAN D KRONI 2023 : PENTAS PERTEMUAN SEMULA PARA OTAI PERMOTORAN MALAYSIA!

 

MUSC adalah penganjor utama dan Wemoto pulak adalah penaja utama acara bernama D Kroni 2023 nih. Berlangsong di MAEPS Serdang pada Sabtu 27 Mei 2023, ternyata acara ini amat bersejarah dan sukar dilupakan bagi Gua selaku pengamal media permotoran tanahair.

Acara ini pada dasarnya adalah acara ‘Royal Rumble’ ataupon Rojak. Semua jenis jentera DUA Roda dijempot, dan berpuloh kategori dipertandingkan dengan tiada yuran pendaftaran. Pendek kata, dari jentera klasik hinggalah ke jentera modenisasi, semuanya diraikan dalam acara bernama D Kroni 2023 nih. Sesuai sangatlah dengan slogan acara ni, Yang lama Kita Rapatkan, Yang Baru Kita Dekatkan.

Pelbagai acara diadakan untok hari berbahgia itu, antaranya Sprint Test jarak 60kaki, Autoshow, Freestyle, Booth Pameran dan Konser artis terkenal. Booth2 yang dibukak pada hari tersebot jugak amat banyak, pelbagai genre ada dipromosi disitu. Paling bersejarah dan menyeronokkan adalah, kehadiran brader2 otai permotoran yang dah lama tak bersua muka. Ada antara otai2 tersebot Gua dah tak jumpa melebehi 12 tahon. Antara otai2 yang hadir di acara D Kroni haritu adalah Uncle Joe/ Pakcik Joe. Jika Lu Orang pemain Skuter dan selalu join acara Autoshow 12 tahon yang lalu, mesti akan kenal punya lah dengan Uncle Joe. Dia punya skooter memang padu, dengan Airbrush, dengan sistem audio, dengan hiasan aksesori, sememangnya tak balek kosong lah kalau dia join acara Autoshow. Uncle Joe hadir di Temasha D Kroni 2023 dengan skuter Pirate Of The Carribean. Gua memang teruja dapat jumpa Uncle Joe. Dia punya karektor, dia punya attitude dan tahap kesehatan pon amat baik, sama tak berubah pon seperti 12 tahon nan silam. Respek!

Brader Din Highway selaku otai vespa jugak menghadirkan diri hari tu. Ini jugak salah satu watak terpenting dalam dunia Vespa Tanahair. Bang Din ni Gua tak jumpa sekitar 6-7 Tahon jugak (mungkin lebeh), dan takdirnya di acara D Kroni kami bersua kembali. Sangat ceria, sangat sehat dan tak berubah jugak, sama macam dulu2 jugak. Teros sehat dan kuat Bang Din!

Selain itu, pemain2 Honda Klasik jugak ramai yang turon haritu. Pemain2 Skoot versi Airbrush Sound System pon ramai gak yang turon, ada yang dari Penang (Amin n The Gang), Pemain RXZ Airbrush dari Rojak Racing jugak turon sapot event nih. Sebenarnya ramailah lagi yang Gua jumpa, dan perjumpaan tu adalah perjumpaan semula setelah bertahon2 tahon bersua muka. Walaupon kehadiran jentera2 di tapak acara tidaklah terlalu ramai, tapi acara ini dikira amat berjaya sebab berjaya menghimponkan semula watak2 penting (Otai) yang pernah menghiasi dunia autoshow/racing tanahair suatu masa dahulu.

Dalam ramai2 otai yang hadir, ada satu insan speshel turot hadir haritu. Insan ni tak sampai taraf otai lagi, tapi buleh dikira sebagai Otai in the making lah Nohhh! Mempersembahkannnn… Brader King CDT! Yaaaa… King CDT Yutiuber terkenal bahkan penoh kontroversi jugak hadir bersama Queen (Isterinya) di acara D Kroni 2023. Dia datang dari Jengka Dua Pahang dengan jentera EX5 HeadBlok Wave 125. Dia punya spec kita takyah tulis sini, sebab ianya akan Gua siarkan dalam Yutiub Majalah Kapcai TV nanti. Jangan lupa saksikan interview speshel Majalah Kapcai bersama King CDT di saluran Majalah Kapcai TV tak lama lagi Nohhh!

Acara yang habes sekitar jam 11 Malam itu telah menjadi satu permulaan yang baik untok event berkonsepkan Rojak, dan mungkin ini jugak sebagai acara pemanas sahaja. Mana tau kan kot2 tak lama lagi keluar poster event PSK 2023 haha! Yaaa… Perhimponan Skooter Kebangsaan ataupon PSK adalah acara yang dah lama ‘bertapa’, dan sebenarnya ramai jugak yang dok tunggu2 event PSK sebenarnya. So, marilah kita mendoakan agar PSK kembali menggegarkan Malaysia! MUSC Buat Buleh!

Okay, Tahniah buat MUSC, Wemoto dan para hadirin yang hadir, dan tahniah jugak buat pemenang2. Wemoto pada hari itu jugak telah melancarkan beberapa produk terbaru mereka khas untok kegunaan para Raider. Tahniah Wemoto! Okay…InshaAllah jumpa lagi!
Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Rumah Terbuka Hari Raya AMI Suzuki Malaysia Bersama Anak Anak Yatim.

CUBPRIX ROUND 3 : AKID KUASAI LITAR JASIN