in

HONDA NX 105: KAPCAI RETRO RARE 2 STROKE

Tetap Ada Walau Tak Banyak Oyeahhh!

Sekitar November 1994, jentera bernama Honda NX105 ini dilancarkan dipasaran Malaysia. Ianya bagi menggantikan Honda Hurricane, dan dalam masa yang sama kehadiran Honda NX ni kira macam nak bagi saingan lah kat jenama Suzuki (RG Sport) dan Yamaha (SS).

Tahon 1994, jalanraya di Malaysia tak kira didesa mahupon di kota amatlah fenomena dengan jentera Suzuki RG Sport dan jugak Yamaha SS. Scene Cubprix pon masa tu sangat dimonopoli oleh jentera-jentera 2 stroke dari Suzuki dan Yamaha. Maka Honda pon takmau ketinggalan, dan lahirlah NX105 nih dipasaran.

Kehadiran Honda NX105 nih pada masa tu seperti kurang menyengat, bahkan langsong tak jadi fenomenal macam Suzuki RG Sport dan Yamaha SS. Budak2 BBNU masa tu, termasoklah Gua sendiri langsong tak pernah pandang jentera keluaran Honda nih. Walaupon kami tau keberadaan jentera Honda NX 105 nih dipasaran, tapi entah kenapa kami langsong tak berminat nak sembang2 pasai jentera nih.

Jentera Honda NX 105 nih sebenarnya pakai enjin Honda Hurricane, cuma bentok badannya saja yang dimurtadkan menjadi lebeh berbentok kapcai moden. Hurricane bodikitnya rompong, manakala NX105 nih bodikitnya dipasangkan dengan kaverset yang lebeh berwajah seperti sebuah kapcai yang sempurna lah. Dari segi enjin, buleh dikatakan sebijik ataupon seketol enjin Honda Hurricane.

Jentera Honda NX105 yang sedang Lu Orang tengok di page nih adalah milek seorang tokey kedai alatulis di pekan Simpang Empat Perlis. Tuan punya jentera rare nih dah meninggal dunia lebeh kurang 10 tahon nan silam, dan kini jentera ni dipakai oleh menantunya.

Buleh dikatakan segala parts yang ada di motor ni adalah original keluaran kedai, dan ianya dibeli 1st hand pada tahon 1995. Bab enjin memang tak pernah jadi hal yang besar, spare part pon ada lagi dipasaran. Benda paling problem kat jentera ni adalah bodikit/kaverset. Memang rare nak mampos lah kaverset motor nih. Tahap susah nak dapat kaverset motor nih sama macam nak dapat kaverset Kawasaki K1 lah jugak. Kalau ada pon dia punya harga kompom buleh beli tanah 4 lori oyeahhh!

Jentera ni maseh lagi hidop, selalu dibawak ride petang2 dalam kawasan pekan Simpang Empat tu dan akan diparking betol2 depan kedai alatulis milek pak mertuanya. Kalau ada sapa2 nak buat kajian ataupon nak tengok sendiri jentera nih dengan lebeh dekat, bulehlah singgah di pekan Simpang Empat Perlis Nohhh!

Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

SUZUKI TS100 DULU BAWAK DURIAN, KINI BAWAK ADI !

DARE: DARUL AMAN RARETRO 2022