in

DARE: DARUL AMAN RARETRO 2022

Pengubat Rindu Dan Dendam Dua Tahon

Setelah dua tahon takdak event motor/kereta Retro, akhirnya DARE ataupon Darul Aman Raretro Event berjaya menjadi pengubat rindu buat geng retro SeMalaysia.

DARE ni sebenarnya dah pernah dibuat sebelom Covid 19 menyerang dunia lagi. Tapi disebabkan event2 sebelom nih ashik terbelaga dengan event yang kami join, maka kami tak berpeluang langsong nak join event depa nih. Tapi tahon 2022 nih Alhamdulillah ada member kami yang sempat turon dan send beberapa keping gambar kat wassap. Tengkiu lah kat Diaq dan jugak Kak Nor yang sudi send gambar2 ni Nohhh!

DARE 2022 nih dibuat di perkarangan hotel Zaques, Sungai Petani Kedah. Kawasan persekitaran event nih memang agak luas, ada port yang best jugak untok geng2 nak Camping. Banyak jugaklah geng2 kita yang Camping disitu Nohhh!

Disebabkan kerinduan pada event2 yang sebegini yang dah begitu lama tak ada (dua tahon lebeh kot), kehadiran saporter memang diluar jangkaan lah. Buleh dikatakan satu Malaysia turon sapot event nih. Geng kereta,motor,pakayan,basikal dan segala yang melibatkan benda retro telah berkumpol di Sungai Petani pada haritu Nohhh!

Antara yang menarek pada event kali ni adalah kehadiran satu tim dari Giatmara Negeri Sembilan. Depa bawak dua buah kenderaan aneh penoh kepaduan yaitu sebuah kereta Kancil yang dimodifikasi ala2 pikap Chevrollet 3100 klasik. Kereta Kancil Disumpah Jadi Chevrollet 3100 nih Lu Orang buleh tengok kat beberapa channel Youtube tempatan. Youtu Majalah Kapcai inshaAllah akan pi ke Giatmara Negeri 9 dan akan buat jugaklah riviu satu hari nanti Nohhh! Sebijik lagi adalah sebuah basikalmotor Harley Davidson klasik. Basikalmotor Harley Davidson tu dia punya bodi telah dikastemkan, enjinnya pulak telah dibeli dari luar negara. Memang teramat senmperrr lah Nohhh!

Lebeh menarek lagi pada event yang terlajak meriah nih adalah ianya seolah-olah kita sedang berada di Pattaya BikeWeek. Tak buleh pi Pattaya BikeWeek, pi DARE nih pon dah cukop syok dah keh keh! Ramai kawan2 lama yang dah lama tak jumpa, bertemu dan bersembang rabong di event DARE nih. Dalam syok bergembira tuh, teringat jugak kat kawan2 yang dah pergi mendahului kita, yang jadi mangsa Covid19 dan jugak sakit2 lain. Semoga tenang dan makmur di alam sana. Aminnn…

Event nih berlangsong 4-6 Februari, dan kehadiran sapoter amatlah diluar jangkaan. Walaupon ramai yang turon sapot, tapi buleh dikatakan SOP agak dijaga dengan baik. Itu lah yang afdhol buat semua. Bukan apa, sehari dua lepas raya tahon baru cina ni, kes Covid19 tetiba naik la pulak. Apakah ini tanda2 bahawa kita akan berposa dan berhari raya dalam suasana PKP semula? Siapa Bunoh Alice?

Tahniah kepada pehak penganjor DARE 2022. Tahniah kepada yang hadir dan marilah berdoa agar Covid segera tamat. Aminnn..

Gambar Oleh : Kak Nor & Diaq.

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

HONDA NX 105: KAPCAI RETRO RARE 2 STROKE

SEPANG KEMBALI MENJERIT DENGAN MOTOGP !