Inilah antara model2 keluaran Honda yang mendapat pengaroh rekabentok dari barat. Dengan single head double piston, dia punya bunyi memang buleh dikatakan menyamai bunyi jentera2 eropah.
Honda Dream 305, berkapasiti 305cc bertarikh lahir pada 1961 ini kepunyaan Brader Azman atau Man MD dari Kemaman Terengganu. Brader Man nih Gua perasan masa turon event Motokross di Telok Maknik beberapa tahon nan silam. Tak sangka jumpa semula di event MICBT 2023 Kuala Terengganu baru2 nih, dan baru Gua tau, selain main Motokross, dia jugak seorang kolektor tegar jentera2 klasik Jepon dan Eropah. Hari event MICBF 2023 baru2 nih, dia bawak dua buah jentera rare, satu bernama Marusho-Lilac 250, dan satu lagi yang ni lah, Honda Dream 305.
Menurot brader Man, jentera Honda 305 nih dia beli daripada Allahyarham Haji Shahril. Alfatehah buat Arwah Haji Shahril, seorang kolektor jentera klasik yang mempunyai beberapa koleksi rare, dan paling diingati adalah sebuah jentera merah yang bentoknya macam meriam tuh. Keluaran 1920an dan jentera itu khabarnya ada di Melaka sekarang. Mohon sesiapa yang terbaca artikel ini, tolong update dimana jentera body meriam itu disimpan sekarang yea…
Berbalek kepada jentera Honda Dream 305 nih, pada awal dapat motor nih tidaklah ianya seperti ini bahkan ianya dalam kondisi terpisah-pisah. Berkat tekon dan sabar ditambah minat yang amat mendalam pada jentera klasik, akhirnya selepas makan masa bertahon jugak, siaplah sebuah jentera Honda Dream 305 seperti yang sedang dilehat sekarang nih.
Jentera ini tidaklah di’restore’ dengan keaslian 100% bahkan ianya dipinda sikit demi nak bagi lebeh rare daripada yang lain. Bahagian seat telah dibuat single, dan bahagian belakang telah dipasang satu boks. Ekzos jugak telah ditukar dengan model lain (Kastem). Jentera ini sebenarnya mempunyai kick starter, tapi telah dibuang sistem kick starter dan hanya menggunakan Starter Elektrik sepenohnya. Dalam proses restorasi jentera ini, kira2 ranap jugaklah RM20K Nohhh!
Dengan warna biru gelap metalik, dengan part2 krom yang amat2 menggoda mata shaithan yang dengki, dengan bunyi menderum persis enjin roru, jentera ini pastinya bikin mata kita pedeh walaupon tak masok asap keh keh!
Brader Man kata dia belom ada niat nak jual, dia maseh nak main lagi motor klasik nih. So, kalau Lu Orang ada duit lebeh pon, buat masa nih hanya setakat buleh tenguk aja lah yea hehe.. Sori.. Dia tak mau jual lagi haha!
Teros BerKlasik Bersama Majalah Kapcai!
@majalahkapcaimalaysia Honda Dream 305, bunyi macam Harley!#fyp #fypシ゚viral #majalahkapcai #hondadream305 #norton #ajs #triumph #royalenfield #harleydavidson #classicbike #fypdongggggggg #amgrassmic
♬ original sound – majalahkapcaimalaysia – majalahkapcaimalaysia
Comments
Loading…