Jentera ini mungkin agak aneh dan ‘rare’ dimata pendudok Malaysia. Iya lah, kat sini kita hanya familiar dengan brand2 klasik macam Triumph, AJS, BSA, BMW, Norton, Matchless, Harley Davidson dan beberapa lagi termasoklah Honda. Tapi jenama Marusho Lilac ini memang agak tertinggal bahkan seolah tak pernah didengar kewujudannya.
Serba ringkas, Marusho Lilac nih adalah buatan Jepon, diasaskan oleh Masashi Ito (telah meninggal dunia pada 2005) dan ianya agak aktif di tahon2 1940-an hingga penghujong 1960-an. Pengasasnya yaitu Masahi Ito adalah perantis di tempat Soichiro Honda (pengasas Honda). Sebab tu lah rekabentok jentera Marusho Lilac agak berkiblatkan frame body mirip Honda Dream, manakala rekabentok enjinnya pulak mirip BMW. Paling best, jentera ini tak pakai rantai tapi dah pakai drive shaft masa tu (1960-an).
Jentera Marusho Lilac didalam artikel ini adalah milek brader Azman ataupon Bang Man MD, berasal dari Kemaman Terengganu. Bang Man dapat jentera pelik dan rare nih dari sorang mekanik di Melaka beberapa tahon nan silam. Mungkin buat masa nih, Bang Man sorang aja kot yang ada jentera ni (dalam kondisi hidop buleh jalan macam ni) kat Malaysia? Atau ada lagi kolektor lain yang simpan kat rumah dorang? Harap2 kalau ada lagi pemilek jentera lagu nih, sila lah inform kat kami Nohhh!
Sedikit lagi tambahan info untok jentera nih, bahawa ianya berEnjin kembar-V (V Twin) dan mempunyai elektrik starter (kick starter pon ada jugak) serta menggunakan Drive Shaft (tak pakai rantai). Transmisi 4-kelajuan berputar dengan corak anjakan Neutral – 1 – 2 – 3 – 4 – Neutral. Suspensi depan teleskopik (Fork) dan lengan hayun (Absorber) di belakang.
Marusho Lilac dalam artikel ini adalah model Lilac LS-18/2, 1960-1961 (250cc). Untuk tahun 1960 ini, ada sikit pindaan dibuat untok membezakannya dengan model yang sebelomnya. Antaranya adalah tangkinya telah ditukar, frame diolah semula, dan tempat simpan spanar diletakkan di dalam kotak berbentok pisang di sisi. Sebenarnya, beribu-ribu LS-18 telah dihasilkan, dan beberapa ratus unit diimport oleh M-C Supply ke negara USA. Kos pada ketika itu ialah USD$695. Sebab tu ada yang beranggapan jentera ni berasal dari Amareka, sebab masa motor nih dijual di Amareka, polis USA pon ada guna jugak jentera nih untok unit rondaan. Tapi secara faktanya adalah, ianya sebuah jentera keluaran dari negara Jepon tapi dieksport ke beberapa negara barat termasoklah Amareka dan jugak Australia, termasoklah ke Malaysia.
Agak teknikel sebenarnya untok menulis sejarah pasal jentera nih sebab maklumatnya syulit dicari. Nasib baiklah ada Lebai Gugel, buleh la jugak dapat sikit informeshen Nohhh! Lebeh menarek lagi, ada jugak model Marusho Lilac ini menggunakan enjin Boxer, sejibik jugak macam enjin BMW Boxer (Flat Twin).
Okay, inilah serba sikit cerita berkenaan Marusho Lilac model LS 18/2 keluaran 1960, dan kita looking forward untok cari lagi kalau2 ada kolektor di Malaysia yang simpan model sebegini di garaj rahasia dorang.
Rock N Ride Nohhh!
@majalahkapcaimalaysia Motor Klasik rare, gabongan Honda dan BMW, Marusho Lilac 250 keluaran 1960.#bmw #classiccars #classicbike #marusho#lilac#royalenfield #matchless #triumph #ajs #norton #majalahkapcai #fypシ゚viral #fyp
♬ original sound – majalahkapcaimalaysia – majalahkapcaimalaysia
Comments
Loading…