in

MALAYSIA INTERNATIONAL CLASSIC BIKE FESTIVAL 2023

Ini adalah tahon ke-23 acara ini dijalankan, dan macam biasa kehadiran geng2 klasik seluroh Malaysia agak memberangsangkan. Kuala Terengganu menjadi lokasi acara tahon ini, dan Hotel Payang Scout menjadi sesak dengan kehadiran jentera2 berbagai rekabentok dan bunyi.

Walaupon acara ini tidak dipromosi secara besar-besaran, ianya mampu menarek kehadiran rakan2 klasik dari luar negara, antaranya Indonesia, Singapore dan jugak Thailand. Paling best geng Klasik Thailand, dorang seramai 6 buah jentera, telah Rock N Ride dari Bangkok ke Kuala Terengganu tahon nih. Makan 3 hari jugaklah nak sampai Nohhh!

Terdapat beberapa aktiviti sampingan selama event ini berlangsong, antaranya konvoi, forum berkenaan jentera Norton pasca perang dan persembahan band. Menurot Brader Kamaruddin (Geng Klasik Terengganu) selaku tuan rumah tahon nih, ada kelainan sikit event kali ni dimana 3 buah jentera Harley Davidson model WL telah dibawak ke tapak acara. Jentera yang digunakan dalam perang dunia 1940an itu telah menjadi salah satu tarikan utama dalam acara kali nih.

Selain itu, ada beberapa lagi jentera klasik yang agak rare ditemui disitu, antaranya Marusho-Lilac 250 (enjin BMW, Body Honda). Jentera milek Bro Man MD dari Kemaman nih memang agak luar biasa lah. Biasanya kalau di event klasik, jentera2 berjenama Triumph, Norton, AJS, BSA, Matchless dan BMW derta Harley Davidson saja yang kita selalu nampak, tapi kali ni ada jugak terselit jenama rare yang memang diluar pengetahuan kita.

Apapon, MICBF 2023 telah melabohkan tirai, dan pujian harus diberikan kepada geng klasik Terengganu pimpinan Brader Din (En. Kamaruddin) yang bertungkos lumos menjayakan acara untok tahon nih.

Jumpa lagi next year, InshaAllah!

@majalahkapcaimalaysia

Malaysia International Classic Bike Festival 2023, Kuala Terengganu.#majalahkapcai #fypdongggggggg #classicbike #norton #ajs #triumph #matchless #royalenfield #bmw #classiccars

♬ original sound – majalahkapcaimalaysia – majalahkapcaimalaysia

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

GIVI TEKHNE YAMAHA AHM MOTORSPORTS: GIVI MENGGEGARKAN CUBPRIX 2023 NOHHHH!

HONDA DREAM 305 : JENTERA KLASIK 1961 MASEH PADU !