in

HONDA ADV 150 KOMPOM MASOK MALAYSIA TAHON 2020 NI? BIAR BETOL NOHHHH!

Selepas pertama kali dilancharkan di Indonesia sekitar Julai 2019, ‘adek’ kepada Honda X-ADV 750 ini telah menjadi fenomena besar di Indonesia. Dari sumber Astra Honda Motor (pengedar Honda di Indonesia), penjualan Skoot ADV 150 di Indonesia adalah sekitar 9-10K unit setiap bulan! Ini adalah maklumat yang kami dapat pada penghujong 2019 nan silam. Tahon 2020 ni kompom lebeh tinggi jumlahnya Nohhh!

Selepas Indonesia, ADV 150 menyerang Filipina pulak! Hanya selepas lebeh kurang satu bulan saja dilancarkan di Indonesia, Filipina pulak menjadi negara Asia Tenggara yang dipileh oleh Honda Jepun. Maka gegak gempita lah rakyat internet dengan soalan BILA LAGI ADV 150 Ni NAK MASOK MALAYSIA?!

Ada kawan2 media kita dari portal online sudah menulis dipenghujong 2019, sekitar Oktober-Disember 2019, mengatakan bahawa Boon Siew Honda sudah hampir2 sangat dah nak bawak Masok ADV 150 nih. Ketika itu semua media2 online bertingkah seperti pemerhati politik, penoh dengan ramalan dan teori hingga ada yang mengaitkan kelewatan ADV 150 masok ke Malaysia disebabkan ancaman Alien di laut China Selatan. Dan tidak kurang pulak yang mengatakan dengan konfiden tahap Bomoh Kelapa, bahawa Disember 2019 adalah masa yang telah ditetapkan untok masoknya jentera Skoot idaman ramai ini. Tapi.. Haha! Masok Angin Keluar Asap 2T Nohhh!

Tapi! Haaaa..Ada tapinya nih.

Dua tiga hari lepas, skuad Penyiasat Poyo Majalah Kapcai (melehat kesunggohan dia, kami jadi kesian, maka kami belanja lah sepinggan nasik kandaq kat dia) telah dapat satu informasi baru berkenaan jentera Skoot ADV 150 nih. Katanya, dia sudah berjaya bertanya sendiri kepada orang paling penting didalam Boon Siew Honda. Katanya, VIP tersebot hanya gelak besar bila ditanya perihal kemasokan Honda ADV 150 ke Malaysia. Dalam gelak2 besar itu, dengan riak wajahnya yang menampakkan cahaya2 keterujaan, VIP tersebot mengatakan;

“Ianya akan masok jugak disini nanti, wait n see, I tak mau letak masa ataupon tarikh, tapi akan sampai…” ujarnya dengan wajah yang penoh yakin!

Penyiasat Poyo Majalah Kapcai berkata, setelah mendengar kata2 VIP tersebot, dia dapat merasakan bahawa Honda ADV 150 adalah sangat2 hampir untok dibawak masok kesini, seolah2 sedang berada di pintu masok Imigresen dah tuuu!

Kesimpolannya, Betui ka maklumat dari Penyiasat Poyo tuh? Kalau betui, siap duit aja lah. Dengar2 kemungkinan harganya adalah sekitar 9-10K gitu lah. Kami tak pasti sangat bab harga nih, tapi buleh dah la nak stenbai. Stenbai lebeh sikit lagi baguih Nohhh!

 

 

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

GENG HONDA MBX 125F Lepak D PD 2019

MSAZA GARAGE : Bengkel Padu Untok Bikin Crash Bar Motor Lu Orang Nohhh!