in

GENG HONDA MBX 125F Lepak D PD 2019

Pada 28 & 29 Disember 2019, seramai 43 buah Honda MBX termasuk dari Singapura berjaya dikumpulkan di Port Dickson,Negeri Sembilan bersempena dengan Gathering Honda MBX yang ke 4. Pada tahun ini penambahan ketara bilangan motor Honda MBX yang kembali beraksi dijalan raya berbanding tahun-tahun yg lepas. Sempena ghatering tersebut, pelbagai aktiviti diaturkan agar lebih meriah dan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama pemilik Honda MBX.

Pada hari pertama iaitu hari Sabtu 28 Disember 2019, ketibaan penunggang-penunggang dari arah Selatan, Barat, Utara dan Timur disambut dengan minuman ringkas dan pembahagian bilik untuk ahli-ahli berehat. Pada malamnya peserta dihidangkan makanan ala buffet dan bbq dan dalam masa yang sama pelbagai aktiviti di jalankan. Upacara dimulakan dengan persembahan bakat-bakat terpendam didalam seisi karaoke diikuti dengan pertandingan mencari kunci motor didalam tepung dan memakan buah epal. Disamping itu kutipan derma dilancarkan untuk membantu kepada yg memerlukan. Majlis berakhir didalam pukul 12.00 malam selepas pembahagian hadiah dan cabutan bertuah diadakan selesai.

Pada hari kedua iaitu Ahad 29 Disember 2019, peserta dikejutkan dengan sarapan pagi disediakan di Kampung Kaw kira-kira 8 kilometer dan pada pagi itu buat pertama kalinya warga Port Dickson berpeluang melihat kira-kira lebih kurang 40 buah motor Honda MBX125F berusia lebih 35 tahun serentak memenuhi jalanraya. Selesai bersarapan kami bergerak ke Dataran Teluk Kemang untuk bergambar kenang-kenangan. Sebelum bersurai kami bergerak ke Kampung Air Meleleh PD untuk menghantar sumbangan dan disambut ahli kariah Surau Air Meleleh dengan hidangan tengahari. Selesai majlis kami bersurai dan bergerak ke destinasi masing-masing dengan membawa pulang kenangan manis terakhir untuk tahun 2019. Semoga berjumpa di tahun 2020 dijangka di Johor pula ghatering Honda MBX125F insya Allah.

‘Come Ride With Us’

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

HELMET APOLLO: Satu Jenama Lagenda Dari Solid Gold Helmets!

HONDA ADV 150 KOMPOM MASOK MALAYSIA TAHON 2020 NI? BIAR BETOL NOHHHH!