in

HELMET APOLLO: Satu Jenama Lagenda Dari Solid Gold Helmets!

Sebelom lahirnya jenama SGV mahupon LTD, jenama Apollo adalah jenama pertama ataupon keluaran sulong dari syarikat Solid Gold Helmets. Jenama Apollo telah dikeluarkan pertengahan tahon 1981, hampir 40 tahon nan silam. Sapa2 yang ada lagi simpan Helmet Apollo keluaran tahon 80an dah buleh ekshen dah sekarang ni Nohhh! Ianya dah dalam kategori Rare dan Retro. Dah sama taraf dengan Bell RT mahupon Shoei D-3. Apa? Betoi ka? Heh! Hanya Johari yang mengenal Johariah.

Kalau Lu Orang nak tau, Helmet Apollo dengan nombor siri PEA0000001, yaitu Helmet pertama dan penoh bersejarah itu kini maseh ada dalam simpanan di kilang Solid Gold Helmet nun di Balakong, Selangor. Helmet2 dengan nombor siri PEA0000002 dan seterosnya telah selamat dihantar ke kedai2 motorsikal pada tahon 1981 yang silam, dan entah dapat kat sapa pon tak tau dah. Kot2 la sapa2 yang terbeli atau tersimpan kat rumah Helmet jenama Apollo ni, sila cek nombor siri tengok. Mana tau kalau ada yang tersimpan nombor 0000002 ka..0000003 ka..wow! Buleh pi offer kat kilang SGV. Jual balek kat dorang dengan harga lebeh tinggi keh keh!

 

Helmet Apollo juga terdiri dari beberapa model, antaranya adalah Apollo GS (Model pertama/sulong), Apollo 99, Apollo 88, AP88 dan SG88. Kalau Lu Orang nak tau, Helmet jenama Apollo adalah pioneer ataupon pengasas di Malaysia, sebelom datangnya Helmet MS88 yang telah menjadi fenomena Mat Rempit dan Mat Motor di Malaysia. Takpa, nanti kita review dan pi melawat kilang MS88 pulak Nohhh!

Selepas menumpukan lebeh perhatian kepada jenama2 yang lebeh glemer dan trendy seperti SGV, LTD, Index, EX-2, GP serta kerjasama dengan syarikat Helmet international yaitu AGV dan Harley Davidson, jenama Apollo seakan diabaikan oleh Solid Gold Helmets. Sememangnya sambutan terhadap jenama SGV lebeh hebat dan padu, tetapi jenama Apollo sebagai ‘Abang Long’ sewajarnya diberi perhatian.

Maka, Solid Gold Helmets memberikan Apollo wajah baharu dengan mengeluarkan Apollo Ori. Keluaran wajah baharu Apollo Ori ini di design dengan bentok yang asli, dan ditambah dengan fitting foam yang lebeh tebal, lining yang lebeh tebal dan retro serta butang tembaga. Terdapat juga stiker 100% Original ABS’ untok menekankan bahawa Helmet Apollo ini menggunakan ABS Ori, bukan plastik ABS kitar semula.

Kini, Helmet jenama Apollo maseh berkeliaran di kedai2 Aksesori Motorsikal. Jika Lu Orang peminat jenama retro, Helmet Apollo adalah salah satu barang wajib untok berada dalam koleksi Lu Orang Nohhh!

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

GIVI BRAKE LEVER LOCK

GENG HONDA MBX 125F Lepak D PD 2019