Crash Bar tu apa? Okay, mungkin ada yang tak berapa nak selalu dengar perkataan Crash Bar nih. Untok mudah paham, Lu Orang buleh tengok gambar2 motor yang jenis Kembara, Turing ataupon Adventure. Kebanyakkannya menatang Crash Bar ni dipasang kat jentera2 cc besar lah, yang jenis join race dalam hutan mahupon race Dakar fadang fasir. Besi yang mengelilingi badan ataupon body motor tu, yang tu lah Crash Bar. Tugasnya adalah untok memberikan keselamatan kepada jentera kita. Kalau terbabas atau terlebeh koner, atau tumbang tanpa sengaja, maka Crash Bar itulah yang akan ‘cover’ bodi kit motor kita. Yelah, kalau tak pasang Crash Bar, bodikit kita pastinya akan terdedah dengan risiko pecah, retak ataupon calar. So, Crash Bar ataupon Bodykit Guard ni dibuat untok elakkan kejadian2 seperti itu lah Nohhh!
Kalau dulunya, Crash Bar ni hanya dapat dilehat di jentera2 BMW, KTM, Kawasaki, Yamaha mahupon Honda African Twin. Semuanya yang jenis cc besar. Tapi kini, Jentera berkapasiti kecik, dibawak 150cc pon dah mula pasang Crash Bar. Dah jadi satu trend dah pasang Crash Bar, pasang Windshield kat jentera Kapcai sekarang nih. Maka, melehat kepada trend terkini nih, Msaza Garage, sebuah bengkel yang dulunya fokus kepada meng’kastem’ aksesori kenderaan 4X4, kini menjadikan Crash Bar untok jentera Dua Roda pulak sebagai cabang baru seni ‘Kastem’ mereka.
Ali Baba bersama isterinya serta dibantu dua orang pekerja kini sedang giat dan tak menang tangan menyiapkan tempahan2 Raider2 yang datang dari serata pelusok dunia. Ada yang dari Hong Kong pon ada Nohhh! Selain Crash Bar, Msaza Garage jugak berkeupayaan meng’kastem’ box dari material aluminium. Sememangnya Box buatan Msaza Garage agak berkualiti, dan dijual pulak dengan harga yang mampu milek.
Bermula sekitar Dua tahon lepas, Ali merasakan bahawa kehadiran Msaza Garage dalam dunia ‘Kastem’ untok jentera Dua Roda semakin dihargai. Sudah banyak jentera2 Kapcai yang menempah Crash Bar dari mereka, dan antara model2 Crash Bar Kapcai yang laku keras buat masa ini adalah dari Model Y Suku, Honda RS 150, SYM VF3i termasok jugak lah model2 motor cc besar seperti BMW GS serta Yamaha Tenere.
Bengkel yang berlokasi di Sungai Ramal Kajang Selangor ini saban hari dikunjungi pelanggan. Ada yang nak beli Crash Bar yang dah ready made, ada yang nak bikin design sendiri dan macam2 ragamlah. Sebagai antara bengkel terawal (ataupon Pemula/Pioneer?) dalam kerja2 membikin Crash Bar secara “Kastem’ nih, Msaza Garage akan sehabis mampu untok memenohi kehendak pelanggan mereka.
Okay, kepada Lu Orang yang nak bikin jentera ala2 motor Turing, buleh lah kontek Msaza Garage untok keterangan lanjot Nohhh!
Kontek/Wassap dinombor ni : 011 2610 3091
Alamat :
Lot 88A, Lorong Sg Ramal Luar 5, Sungai Ramal Luar, Sungai Ramal Luar, 43000 Kajang, Selangor
Lokasi/Maps:
https://www.google.com/maps/place/Msaza+Garage/@2.98235,101.764152,15z/data=!4m5!3m4!1s0x0:0x9a322a574b7f840!8m2!3d2.98235!4d101.764152
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=VJO3oEzNQlQ[/embedyt]
Comments
Loading…