in

HELMET TERBARU DARI GIVI ASIA

M10.1 Acqua Demi Jet Dan M30.3 D-Visor Jet Helmet Dengan Harga Cun Oyeahhh!

Sebagai peneraju utama dalam dunia aksesori motorsikal, Givi Asia tidak pernah berhenti dalam mengeluarkan produk2 baru khas untok Raider2. Terkini dan Terhottt serta Tersensasi adalah dua model Helmet yang dinamakan sebagai M10.1 Acqua (Harga bermula pada RM 230.00- ada 4 pilehan kaler dan harganya berbeza mengikot kaler) dan M30.3 D-Visor Jet Helmet (Harga bermula pada RM 312.00- ada 3 pilehan kaler dan harganya berbeza mengikot kaler). Kedua model ini sudah ada di pasaran dan sedang trending di media Online serta media Onion.

M10.1 Acqua Demi Jet Helmet bersifat ringan, berbentok klasik dengan sentohan klasik dan vintaj. Dicipta khas untok Raider2 yang inginkan dirinya kelehatan seperti kool, ala2 macam Awie ride Chopper dalam filem Sembilu. Ya, masa Awie ride chopper dalam filem Sembilu, boleh kata ramai lah yang nak jadi macam Awie, dengan Helmetnya yang memang kool masa tu. Ohhh.. Helmet Acqua Demi Jet nih seperti mengimbau semula kenangan zaman2 90an Nohhh!

M30.3 D-Visor Jet Helmet pula adalah upgrade terbaru teknologi HPS (Head Protection System), dimana ianya adalah originaliti sistem yang dibangunkan sendiri oleh Givi. Model terbaru ini adalah model upgrade dari model terdahulu. Untok keluaran terbaru ini, ada beberapa function baru disertakan, antaranya adalah arus ataupon aliran angin untok mengelakkan Visor menjadi berkabus ketika hari hujan. Satu lagi adalah pemasangan Double Visor untok keselesaan ride dihari terik mentari. Ada 3 kaler pilehan untok model ini, boleh rujok gambar2 yang disediakan Nohhh!

Teros Rock N Ride Bersama Givi Nohhh!

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PASANGAN SKOOT AKEYRA GARAGE SEHATI SEJIWA

EGO AVANTIZ KEPALA X1R!