Ayoh balek ke tahon 2008, dimana ketika itu negara kita dilanda demam terok, dan mungkin paling terok dalam sejarah demam motorsikal Malaysia. Ya, 2008 dulu, semua Raider dan bakal Raider tak kira yang maseh sekolah mahupon yang dan beranak pinak, pasti berniat dalam hati nak pakai Yamaha 135LC. Masa tu, secara mata kasar, kelab jentera Yamaha 135LC Gua rasa2 mungkin mencecah 200 lebeh kelab! Demam Trokkk!
2008 membawak ke 2010, period dua tahon itu adalah masa yang paling hebat dalam dunia permotoran Kapcai tanahair. Masa tu jugaklah jenama Racing Boy (kini lebeh glemer disebot RCB) menjadi jenama pilehan nombor satu geng2 Raida Kapcai. Modifikasi masa tu toksah cerita lah. Terlalu menggila!
Dan, ketika Malaysia dilanda demam Yamaha 135LC, ketika itu jugaklah Thailand mengeluarkan sebuah jentera yang diberi nama Yamaha X-1R. Ramai Raida2 di Malaysia tertunggu-tunggu kedatangan model X-1R, tapi sampai ke sudah tak masok sini heh! Jadi, untok melampiaskan nafsu modifikasi yang membuak buak didada, geng2 Raida 135LC Malaysia sudah bikin gila lagi sekali. Bermulalah aksi2 modifikasi jentera 135LC dengan konsep X-1R. Tak susah pon, tukar bahagian kepala aja, siap! Masa tu, modifikasi tukar kepala X-1R ni amat hebat, kalau pegi event autoshow, berlambak lambak buleh jumpa jentera yang modifikasi macam tu. Memang gila betol lah zaman tu. Kini, selepas 12 tahon (dah darjah 6), semua memori2 indah itu pelan2 menghilang. Kenangan Nohhh!
Dan tiba2, Gua dapat satu email dari brader kita nih, nama dia Tun Hanif. Tudiaaa! Dia sudah bikin line panas semula Nohhh! Walaupon jentera dia nih bukan Yamaha 135LC, tapi kepala motor dia nih memang betol2 bikin hati jadi ghairah semula Nohhh! Memperkenalkan, Yamaha Ego Avantiz berkepala X-1R Oyeahhh!
Jentera skoot ni sebenarnya biasa2 aja dia punya mekap, tapi bila dia buboh kepala X-1R, Gua angkat helmet lah. Owner ni memang pandai memainkan perasaan geng2 otai LC. Kalau dia parking Skoot ni kat mana2 pon mesti orang akan stop ataupon menjeling dan perati lama. Kalau geng2 LC toksah cakaplah. Mesti berenti lagi lama nak tengok skoot ni heh!
Okay, majalahkapcai.com mengucapkan tahniah kepada Tun Hanif dengan modifikasi menggamit memori moi nong moi ashik fm nih. Selamat Maju Jaya dan Teros Rock N Ride Nohhh!
Nota: Kepada Raida2 yang maseh simpan Yamaha 135LC berkepala X-1R (modifikasi tahon 2008-2010) dan nak kongsi gambar motor Lu Orang tu, sila emailkan kat kami secepat mungkin. Email kat sini :
majalahkapcai@gmail.com
Comments
Loading…