Salam 1 belting 2 roda kepada semua pembaca majalahkapcai.com. Kali ni kami ada cerita lagi tentang 2 pasangan suami isteri iaitu Kie dan Ira, berasal dari Pulau Pinang yg mempunyai minat yang sama dalam dunia permotoran. Pasangan ini berkenalan (hati ke hati) pada tahun 2002 iaitu pada zaman kegemilangan Mat dan Minah scoot Nohhh!
Minat yang sama membawa mereka sampai ke jinjang pelamin dan sekarang nih mempunyai 2 cahaya mata. Bagi geng² scoot mesti sudah mengenali pasangan ini, tapi untuk pengetahuan semua Kie ni juga boleh repair skuter secara part time dirumah dia. Ramai geng scoot area Penang dan Kedah mencari beliau diwaktu skuter mereka mengalami masalah. Hasil kerja pun kemas dan puas hati. Rakan² terdekat menggelarkan bengkelnya sebagai ‘Akeyra Garage’. Kepada geng2 Skoot yang pening pala tak buleh tidoq akibat Skoot meragam tak mau lega2, buleh terai hantaq kat Bomoh ni pulak Nohhh!
Berbalik kepada cerita pasangan ini, mereka berdua sering mengikuti ride² bersama rakan² scoot area utara yg diberi nama VS PROJECT SCOOTZ. Mereka jugak berharap agar lebih ramai rakan² diluar sana buat come back dan memeriahkan semula dunia skuter yang pernah menjadi satu fenomena di Malaysia suatu ketika dulu. Sesiapa yg ingin mengenali mereka boleh pergi ke FB ‘Marzuki Akeyra’ dan Kie juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada isterinya Ira kerana banyak support minat dia dari zaman bujang sampailah dah kahwin pun masih support minat suami dia ni. Mungkin ini kot yang dikatakan pasangan yang memahami. Ramai yang cari jodoh akan memileh ataupon akan letak ciri2 wanita idaman, dan akan sebot kalau buleh bakal isteri nanti nak yang memahami. Dan Kie tergolong dalam lelaki bertuah sebab dapat isteri yang memang betol2 memahaminya. Harus diingatkan bahawa, berlunggok kat luar sana yang sebelom kahwen, pasangannya amatlah memahami. Bila dah sebulan kawen baru tau langit tinggi rendah Nohhh keh keh keh!
Ok la sampai sini sahaja cerita mereka kali ini, pesanan terakhir mereka safe ride dan kita jaga kita!
Assalamualaikum dan InshaAllah jumpa di event (yang tak tau bila nak ada lagi nih. Covid 19 nampaknya makin menjadi jadi. Moga Covid cepatlah Mati!)
Comments
Loading…