in

HARGA ASAS PADA RM12,998.00, INILAH MODEL BOGEL BENELLI TNT25N TERKINI DARI BENELLI !

Benelli Malaysia kini telah memperkenalkan model siri TNT terkini iaitu TNT25N untuk pasaran tempatan dengan tiga warna pilihan; Power Black, Strength Red dan Golden Yellow. Benelli TNT25N dihasilkan khas untuk para peminat motosikal yang inginkan sebuah jentera yang mudah dikendalikan tetapi berkuasa.

TNT25N ini disempurnakan dengan enjin silinder tunggal, DOHC, 249cc, penyejukan cecair yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan yang mampu menghasilkan hantaran kuasa maksimum 25.5Hp pada 9,250rpm dan tork setinggi 21.2Nm pada 8,000rpm

Model Naked terkini ini dilengkapi dengan lampu utama yang terang dan lampu penunjuk arah LED, panel meter digital. Manakala pada bahagian brek, ia menggunakan cakera tunggal bersaiz 260 mm di hadapan dan cakera tunggal 240 mm pada brek belakang.

Apa yang menjamin perjalanan yang lancar sepanjang menunggang adalah fork terbalik pada suspensi hadapan manakala di bahagian belakang, jenis suspensi digunakan adalah penyerap kejutan tunggal (monoshock) yang menawarkan redaman yang lebih baik dan lebih tepat, menghasilkan pengendalian dan kestabilan yang lebih baik.

Benelli TNT25N kini boleh didapati di mana-mana pengedar sah Mforce seluruh Malaysia dengan harga jualan asas, RM12,998.00 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Dengan pembelian motosikal ini, anda boleh menikmati waranti pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan sejauh 20,000 km (mana-mana dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti dalam talian oleh MForce Bike.

Rock N Ride Bersama Benelli !

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TEST RIDE YAMAHA EZ115 (2023) : AMAT BERBALOI !

YAMAHA MERAIKAN ULANG TAHON KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA BALIK KAMPONG KALI KE 25.