Perlumbaan fun race ini diadakan di dalam kebun kelapa sawit. Race yang sempoi nih telah menarik penyertaan pelumba dari area berdekatan Kedah dan Perak. Ternyata ramai yang celapak join event nih. Al maklom lah selepas 2 tahun memerap dirumah tenguk tayar jagong heh.
Jalan masuk ke litar jugak agak lecah dan ini memerlukan jentera 4×4 dan lori untuk menuju ke litar perlumbaan. Penduduk area Padang Temusu, Bukit Hijau dan sekitarnya sahaja yang bisa melepasi laluan ke trek memandangkan memang kawasan depa pun. Ibarat alah bisa tegal biasa.. Jikalau para pegunjung naik motosikal insha Allah boleh lepaih punya. Maksudnya jauh jugak dan ramai jugak pengunjung memarkir kereta dan berjalan melalui jalan berselut demi melihat jentera Cubross, CKD dan Supermotorcross beraksi
Keadaan trek memang agak mencabar kerana sebelum ini trek disediakan hanya dalam 2 minggu dan diuji lebih kurang 10 buah motosikal tetapi ketika Perlumbaan, terdapat lebih 70 buah motosikal berlumba! Dah jadi macam bendang sawah dah suasananya. Memang keleboq makruh habis Nohhh!
Tahniah diucapkan kepada yang jadi johan. Tetapi harus diingat bahawa kehadiran krew teknikal adalah penting untuk menarik, menolak, mengangkat moto yang terlekat didalam keleboq dan menarik melepasi bukit yg agak tinggi. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tanpa krew memang 99 peratus anda tidak dapat naik podium ataupun menghabiskan perlumbaan tersebut.
Kepada krew event keleboq nih, Majalah Kapcai uchapkan tahniah, dan kepada yang menang pon diuchapkan tahniah jugak. Kepada yang kalah, coba lagi Nohhh!
Teks Dan Gambar Oleh : Diaq OnoffRoad
Comments
Loading…