CFmoto 250NK adalah sebuah motorsikal Naked Bike 250cc yang dihasilkan oleh CFmoto yang berpusat di negara China. CFmoto 250NK mula dibawa masuk ke Malaysia pada awal tahun 2019.
CFmoto 250NK yang dibekalkan dengan kapasiti enjin 249cc adalah sebuah motorsikal dalam kategori kuasa rendah dan ringan yang memiliki 20 kuasa kuda. Sebagai sebuah motorsikal jenis “Naked bike”, top speed yang mampu dihasilkan adalah 140Kmj sahaja, namun kelajuan itu adalah sangat berbaloi bagi kategori naked bike 250cc.
CFmoto 250NK motorsikal 4 lejang dan satu silinder ini mampu mendaki laluan berbukit dengan baik seperti di laluan Genting Highland yang juga memiliki laluan yang berliku-liku. Motorsikal ini mudah dikendali ketika mengambil selekoh yang tajam samada ketika mendaki atau menuruni laluan bukit. Dengan adanya sistem brek Anti-Lock Brake System (ABS), penunggang akan merasa lebih selesa dan yakin untuk membrek ketika menuruni bukit atau melakukan brek kecemasan.
Di atas lebuhraya, CFmoto juga tidak kurang hebatnya, ia mampu bergerak pada kelajuan 140Kmj namun untuk rasa lebih selesa, kelajuan yang sesuai untuk motorsikal ini di atas leburaya adalah sekitar 135Kmj. Jangan pulas abeh lah Nohhh!
Ketika melalui di laluan biasa, CFmoto 250NK mampu beraksi dengan tangkas dan lincah terutamanya ketika berada di laluan yang banyak kenderaan dan juga ketika berada di pekan-pekan kecil. Dengan enjin DOHC dan kuasa 20Hp yang ada pada CFmoto 250NK nih, penunggang berasa lebih yakin untuk memotong kenderaan yang besar dan panjang di hadapan kerana CFmoto mampu memecut dengan pantas walaupun berada pada kedudukan gear tertinggi, Gear kelima atau keEnam.
Kedudukan tempat duduk dan handle yang selesa juga memainkan peranan untuk memudahkan penunggang untuk ride santai, mengambil selekoh atau menunggang laju.
Antara ciri-ciri menarik yang ada pada CFmoto ini ialah Fork depan USD, Tangki petrol yang besar iaitu 12.5 liter, paparan meter boleh bertukar daripada paparan biasa yang berwarna warni kepada paparan digital hitam putih, jentera/body kurang bergegar dan yang paling menariknya, penunggang tidak merasa panas pada bahagian kaki walaupun ketika berhenti dalam keadaan enjin yang masih hidup!
Terdapat dua varian dan dua warna untuk pilihan bakal pembeli iaitu CFMoto 250 NK Standard dan CFmoto 250 SE. Ada dua warna pilihan adalah Electro Silvering dan Nebula Black. Harganya pulak sekitar RM 12,800 – RM 13,800. Berbaloi sangatlah!
TestRaider Dan Foto Oleh ‘Abah’ Asri Md Nor.
NotaEditer : Kami sudah menerai (mencuba), dan ternyata jentera ‘made in China’ ni amat memuaskan. Sebagai pengetahuan untok semua, suatu masa dulu, penerimaan orang2 Malaya untok jentera2 buatan Jepon jugak agak dingin. Biasalah masa tu Malaya dipenohi dengan jentera2 dari Barat. Tapi lama kelamaan, masharakat mula terima jenama dari Jepon dan akhirnya menjadi pilehan utama dimasa kini. Maka, perkara yang sama jugak sedang berulang dengan jentera dari China. Mula mula dulu memang menjadi keraguan dan bahan jenaka. Tapi kini, enjin made in China makin hari makin diterima masharakat disini. Design best, harga lebeh murah dari jenama Jepon atau Barat, minyak jimat, sparepart mudah dapat, dan enjin agak ‘sedap’ bawak… Itulah trade mark jentera2 dari China Nohhh!
Demikianlah…
Comments
Loading…