in

CUCOH LAGIK! ROYAL ENFIELD BOBBER 350 PULAK DAH!

Gambar dipaparkan hanyalah imajinasi sahaja. Yang real punya tunggu time Launching Nohhh!

Sememangnya jenama klasik Royal Enfield ni tak mau dok buat rilek dah Nohhh! Baru2 ni depa ‘Loncing’ yang 650 Shotgun tuh, ni dok tak dok katanya pertengahan bulan Jun ni nak bawak keluar Bobber 350 pulak Nohhh!

Royal Enfield Bobber 350 nih akan dilancarkan di India tanah tumpah minyak hitamnya dulu lah. Lepas tu baru bawak masok Malaysia. Gitu ka? Ka lagu mana? Tak kisah lah mana satu pon, janji ianya dilancarkan dan memang yang jenis Bobber lagu nih pasti akan lebeh menangkap jiwa. Maklom saja lah, penganut Chopper/Bobber kat Malaysia ni agak ramai jugak. Pantang betol depa nampak motor yang berbentok Bobber nih Joyyeahhh!

Royal Enfield Classic 350 Bobber ni akan guna enjin dalam platform J, sama macam enjin2 yang dipakai oleh RE Meteor 350, Hunter 350 dan Classic 350. Menurot sumber2 di internetifikeshen, jentera Bobber 350 ni akan dipasangkan dengan lampu LED depan dan belakang, hendal yang lebeh lebar, single seat ala2 zaman peperangan dan tayar white wall. Paling best dah tentulah tangki minyak berbentok kacang tu. Fuhhh.. memang menyerlah Nohhh!

Bab harga sememangnya tak lari jauh la kot dengan model2 Hunter dan Meteor. Mungkin dibawah RM25K? Harap2 gitu lah harganya. Kalau mahal sangat nanti geng ‘Baik Beli’ akan mengamok bikin mensyuarat Agong plak Nohhh!

Okay, kita tunggu kedatangan jentera ni masok ke Malaysia. Harap2 jangan la lama sangat Joyyeahhh!

*Sekadar gambar hiasan

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

DENGAN HARGA RM 34,900, ROYAL ENFIELD LANCAR SHOTGUN 650!

TESTRIDE SUZUKI AVENIS 125: Kecik-Kecik Tapi Berapi!