in

DENGAN HARGA RM 34,900, ROYAL ENFIELD LANCAR SHOTGUN 650!

Royal Enfield, pengeluar dan peneraju utama global dalam segmen motosikal bersaiz sederhana (250cc-750cc), hari ini melancarkan SHOTGUN 650. DNA Royal Enfield SHOTGUN 650 yang menggabungkan reka bentuk retro-futuristik dengan ciri-ciri moden diilhamkan berdasarkan daripada motorsikal konsep sg650 dan telah menambah baik kepada kreativiti, bertindak sebagai kanvas kosong untuk penyesuaian dan lambang keperibadian untuk beribu-ribu peminat motosikal Royal Enfield di seluruh dunia.

SHOTGUN 650 ialah jentera terbaik untuk penampilan peribadi yang mencerminkan gabungan tenaga muda, kreatif, warisan budaya dan ikonik. Royal Enfield SHOTGUN 650 merupakan satu penghormatan kepada budaya penyesuaian dan lembaran baharu dalam reka bentuk untuk Royal Enfield dengan visi masa depan yang lebih menarik mencabar.

Encik Rewi Hamid Bugo, pengerusi kumpulan DIDI, menyatakan keterujaannya, ketika memperkenalkan Royal Enfield SHOTGUN 650 kepada tetamu dan pelanggan jemputan yang hadir pada majlis pelancaran tersebut. Menurut Encik Rewi Hamid Bugo, jentera ini direka untuk memberikan pengalaman menunggang yang tiada tandingan, menggabungkan kuasa, prestasi dan gaya yang hanya ada pada motorsikal Royal Enfield. Pengguna motorsikal di Malaysia telah memberi sambutan yang sangat baik kepada kehadiran motosikal santai kami ini dan kami telah berjaya membina satu kumpulan komuniti penunggang Royal Enfield yang setia bersama kami. Royal Enfield menjadi jenama motosikal saiz sederhana yang terkemuka di Malaysia dan seluruh dunia yang dapat memberi kepuasan maksima kepada penunggang.

“Sejak pertama kali melancarkan Royal Enfield Himalaya serba baharu pada penghujung 2023, kami telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan permintaan yang semakin meningkat di seluruh dunia termasuk dari Malaysia, jadi kami sangat teruja untuk mengumumkan motorsikal pengembaraan itu akan tersedia pada Julai 2024, dengan pra-pesanan dibuka sekarang”, tambah Encik Rewi Hamid Bugo.

Manakala En. Anuj Dua, ketua perniagaan untuk pasaran Asia Pasifik Royal Enfield pula berkata, SHOTGUN 650 adalah simbol nadi penyatuan masyarakat, adat budaya, dan penghormatan kepada tradisi yang terdahulu. Di Malaysia, Royal Enfield telah mendapat sambutan yang sangat hebat dari rakyat Malaysia terhadap motosikal kami, menjadikan kami pemain nombor satu dalam segmen saiz sederhana dalam tempoh yang singkat, ini adalah bukti kepada motosikal kami diterima oleh budaya bermotosikal pada masa lapang di seluruh dunia, kami teruja untuk menyediakan versi pengeluaran untuk komuniti penunggang di Malaysia dan tidak sabar untuk melihat bagaimana mereka menyelitkan kreativiti unik mereka kepada motosikal Royal Enfiled kami yang luar biasa ini.

SHOTGUN 650 juga didatangkan dengan aplikasi Royal Enfield Wingman yang baru dilancarkan. Aplikasi Royal Enfield Wingman yang baharu memaparkan data seperti di mana motosikal berada, penunjuk paras bahan api dan paras minyak enjin, peringatan servis, dan sebagainya. Terdapat juga sebuah port USB untuk memudahkan mengecas peranti ketika dalam perjalanan. Ergonomik motosikal ini memudahkan penunggang, dengan kedudukan ketinggian pelana hanya pada 795mm, pemijak kaki di bahagian pertengahan, dan posisi handel yang senang dicapai manakala tempat duduk tunggal terapung adalah retro dan tapi moden.

Royal Enfield menawarkan 31 Aksesori Motosikal Tulen yang direka khusus untuk menyerlahkan lagi penampilan dan daya tarikan estetik warisan SHOTGUN 650 termasuklah cermin pandang belakang yang diletak di hujung handel, tempat duduk solo, rim-rim yang telah dikrom. Royal Enfield juga menyediakan pakaian-pakaian jenama Royal Enfield yang direka khusus untuk memenuhi citarasa dan gaya hidup penunggang motorsikal masa kini yang boleh didapati di butik Royal Enfield di Petaling Jaya

Spefikasi SHOTGUN 650:

*Enjin – 648cc SOHC 2 silinder selari dengan penyejukan minyak dan udara
*Kuasa – 46.4 hp pada 7,250 RPM dan Tork 52.3 Nm pada 5,650 RPM.
*Saiz roda hadapan 18 inci tanpa tiub
*Saiz roda belakang – 17 inci tanpa tiub
*Suspensi hadapan – fork Showa 43mm USD
*Suspensi belakang – penyerap hentakan RSU berkembar dengan pelarasan prabeban 5 langkah.
*Sistem brek hadapan – cakera tunggal 320mm di depan,
*Sistem brek belakang – cakera 300mm .
*Tinggi – 795 mm
*Tinggi dari tanah – 140 mm
* Berat – 240 kg
*Muatan tangki – 13.8 liter
*Paparan meter – digital dan analog dilengkapi dengan navigasi Tripper.
*Tansmisi kelajuan- 6 gear
*Top speed 170 kmj
*Lampu hadapan – LED.

SHOTGUN 650 ditawarkan dalam empat warna yang menarik iaitu:
1. Stencil White (Stensil putih)
2. Plasma Blue (Biru plasma)
3. Green Drill (Gerudi hijau)
4. Sheet Metal Grey (Kelabu logam)

Harga jualan untuk Royal Enfield Shotgun 650 (2024) bermula dari RM 34,900 (tanpa cukai jalan dan insuran) dan tempahan boleh dibuat di bilik pameran Royal Enfield, Pacific Tower, Jln 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor atau di kedai pengedar sah Royal Enfield.

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SUZUKI MENGGEGAR DENGAN 3 MODEL SUPEERRRR!

CUCOH LAGIK! ROYAL ENFIELD BOBBER 350 PULAK DAH!