in

TESTRIDE SUZUKI AVENIS 125: Kecik-Kecik Tapi Berapi!

Suzuki Avenis 125 baru sahaja dibawa masuk dan dilancarkan untuk pasaran tempatan oleh Suzuki Malaysia pada bulan April 2024.

Suzuki Avenis 125 memiliki enjin 124cc dengan sistem injap penyejukan udara, SOHC. Walaupun memiliki kuasa enjin yang rendah namun Suzuki Avenis 125 tetap menarik dan mampu memberikan kepuasan kepada penunggang dari segi keselesaan dan kepuasan ketika menunggang samada berseorangan atau bersama pembonceng di belakang. Ketika menunggang sendirian, Suzuki Avenis 125 mampu memecut sehingga 109 kmj manakala ketika membawa penumpang kelajuan Suzuki Avenis 125 mencecah sehingga 105 kmj. Tak banyak beza antara menunggang sendirian atau membawa penumpang namun seperti motorsikal yang lain, kuasa pecutan akan berkurangan sedikit apabila membawa penumpang.

Dengan memiliki kuasa 8.6 hp, Suzuki Avenis 125 mampu beraksi dengan baik dan lancar ketika mendaki laluan berbukit yang berkonar konar seperti menaiki puncak Genting Highland tanpa menghadapi sebarang masalah. Begitu juga ketika menuruni laluan yang bercuram dari puncak Genting Highland, Suzuki Avenis 125 tetap steady dan stabil tanpa “membuang” pada bahagian tayar hadapan dan tayar belakang walaupun ketika penunggang terpaksa melakukan brek mengejut. Kecekapan sistem brek cakera tunggal yang diguna pakai pada roda hadapan dan jenis drum di belakang memberi keyakinan kepada penunggang untuk membrek secara tiba-tiba pada bila-bila masa. Suzuki Avenis 125 juga sesuai untuk menunggang pada jarak jauh kerana memiliki tempat duduk yang selesa dan lebar. Penunggang dan penumpang tidak merasa penat atau sakit pinggang apabila menunggang pada jarak jauh (lebih 80 kilometer.)

Suzuki Avenis 125 mengunakan dua kaedah untuk menghidup enjin, satu dengan menggunakan penghidup enjin eletrik dan satu lagi boleh menggunakan cara lama iaitu penghidup enjin tendang (kick starter). Suzuki Avenis 125 juga menggunakan sistem suntikan bahan api di mana sistem ini mampu memberi penjimatan kepada penggunaan petrol. Untuk penggunaan satu liter petrol, Suzuki Avenis 125 boleh bergerak sejauh 50 kilometer (tertakluk kepada cara tunggangan), ini bermakna dengan setiap isian penuh satu tangki petrol (5.2 liter), Suzuki Avenis 125 mampu bergerak sejauh 250 kilometer! Sangat menjimatkan dan berbaloi untuk memiliki Suzuki Avenis 125.

Apabila penanda aras petrol mula berkelip kelip, petrol yang masih ada di dalam tangki masih ada sekitar 2 liter, ini bermakna dalam keadaan petrol sudah berada pada kedudukan “reserve”, Suzuki Avenis 125 masih boleh bergerak sehingga sekitar 90 kilometer. Penunggang tidak perlu risau ketika menunggang di waktu malam kerana lampu hadapan Suzuki Avenis 125 adalah dari jenis LED yang cukup terang jika menyuluh jalan yang tidak ada lampu jalan terutamanya ketika menunggang di kawasan luar bandar. Menunggang Suzuki Avenis 125 di dalam bandar juga lebih mudah dan tiada masalah kerana penunggang skuter Suzuki Avenis 125 tidak perlu menekan gear atau menarik clutch untuk membolehkan penunggang beraksi lincah dicelah deretan kenderaan yang bersesak sesak di jalanraya.

Selain daripada tempat menyimpan barang di bawah tempat duduk yang boleh memuatkan sebiji helmet, Suzuki Avenis 125 juga menyediakan dua ruang penyimpan barang pada bahagian bawah kiri dan kanan hendel, di mana ruang di sebelah kiri bertutup dan ada port pengecas telefon bimbit manakala ruang di bahagian kanan di bawah hendel tiada penutup boleh meletak botol air minuman atau barangan yang sama saiz dengannya. Tempat duduk yang ketinggian hanya 780 mm sangat sesuai dan selesa bagi penunggang di Malaysia. Begitu juga berat Suzuki Avenis 125 yang hanya 106 kilogram memudahkan pemilik mengendali Suzuki Avenis 125 terutamanya kepada kaum wanita, golongan remaja atau atok atok untuk berulang alik ke surau atau masjid dan membawa cucu bersiar siar dikawasan taman perumahan atau dalam kawasan kampong.

Harga yang disyorkan untuk Suzuki Avenis 125 di Semenanjung Malaysia bermula dari RM6,980 tanpa insuran dan caj pendaftaran.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

CUCOH LAGIK! ROYAL ENFIELD BOBBER 350 PULAK DAH!

THIS IS CLASSIC FRIENDSHIP PATTANI VOL.2