in

BRIXTON 150 KINI DI’UPGRADE’ LEBEH PADU

Dengan Sistem Brek CBS Pada Harga Asas RM 10,488.00!

Selepas melancarkannya pada tahun 2018, kini MForce telah melakukan penambahbaikan dari segi penampilan dan corak pada model BX 150. Model ini hadir dalam tiga variasi; BX 150, BX 150X dan BX 150R. BX 150 standard memiliki penampilan yang klasik, BX 150X merupakan jenis scrambler manakala BX 150R pula memiliki gaya sebuah café racer.

Ketiga-tiga model berkenaan dilengkapi dengan enjin 149cc, empat lejang, SOHC yang berkuasa menghasilkan 11Hp pada 8,000rpm dan 11.9NM pada 6,000rpm. Model yang menggunakan suntikan bahan api ini turut dipadankan bersama transmisi lima kelajuan.

Ketiga-tiga variasi ini menggunakan fork hadapan teleskopik dan di belakang terdapat dua penyerap hentak dengan sepasang cakera brek bagi membantu dengan daya hentinya. Menambahkan lagi ciri keselamatan ialah brek hadapan dan belakang menggunakan Combined Braking System (CBS), antara ciri yang menjimatkan untuk sistem brek yang selamat.

BX 150 menampilkan kesederhanaan walaupun memiliki reka bentuk yang klasik dan mewah. Antara perkara yang menjadikan tunggangan Brixton BX 150 mudah dan selesa adalah tempat duduk rata dan lebar serta memiliki dimensi yang sempurna. Anda akan lebih yakin semasa menunggang dengan keselesaan yang ditawarkan motosikal ini. Koleksi BX 150 membawa tangki bahan api sebanyak 14 liter di mana ia mampu mengembara jauh dari yang anda bayangkan. Pada bahagian kokpit, terdapat meter analog yang digabungkan dengan speedometer digital yang mudah ditafsir dan difahami.

Setiap jenis Brixton ini dijual pada harga asas dan warna yang berlainan. Harga jualan untuk model BX 150 bermula dengan RM 10,488.00 (Hitam dan Hijau Gelap), RM10,788.00 (Hitam Matte dan Kelabu Matte) untuk scrambler BX 150X dan RM11,088.00 (Merah dan Kelabu) untuk BX 150R. Anda boleh mendapatkan model Brixton pilihan anda sebaik sahaja premis pengedar sah Mforce dibenarkan beroperasi.

Dengan setiap pembelian mana-mana model Brixton BX 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Spesifikasi sila rujok kat gambar dibawah Nohhh!

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

VESPA SUPER 150 KUDA BESI ORI

ECU GEN 2 TERKINI DARI TUNEBOSS KINI DILANCHARKAN!