in

VESPA SUPER 150 KUDA BESI ORI

Sekali Vespa, Sampai Mati Vespa!

Vespa ni dah pernah tersadai bertahon tahon, pastu tuan dia tiba2 teringin nak naik, dia hantar kat pomen dan bila dah puas naik, dia parking lah. Pastu tersadai lagi sekali dan akhirnya selepas hampir 8 tahon tak jalan, kini ianya diRestore kembali dengan kaler baru yang lebeh ganteng!

Di kampong Padang Keria Sanglang Perlis, ada kira2 4 buah Vespa yang aktif sekitar 80an nan silam. Antara 4 buah tuh, yang dalam gambar ni adalah salah satunya, dan alhamdulillah teros kekal dan bermastautin teros di kampong tu. Baki 3 lagi dah berpindah hak milek dan usahlah dikenang barang yang hilang nanti merana diri sendiri oyeah!

Vespa Super 150 milek Rusdi Nayan atau femes dipanggil Bang Di Nyan ni dikeluarkan sekitar 1972, dengan warna asalnya biru. Diketika tahon-tahon awal 80an, jentera ni dah jauh dibawak berjalan oleh tuan dia. Kebetolan masa tu geng depa 4 bijik nih agak aktif berkonvoi. Mencalai saja lah kemana saja ikot angin berhembos.

Pada masa tu jugak, terjadi satu kegilaan atau trend bagi Vespa Raider yaitu menambah aksesori miniatur Kuda Besi di madgad depan Vespa. Masa tu, antara miniatur yang femes adalah Kuda Besi, Kapal Terbang dan Logo Mercedes. Kalau Lu Orang maseh ingat, sekitar tahon 90an ada satu iklan di TV, ada satu uncle cina dalam iklan tu, nama dia Ah Long. Dia punya dialog dalam iklan tu, ” Ini tak jual..Ini Champion Punya..” , merujok kepada beberapa koleksi Kuda Besi dalam simpanan dia. Sebenarnya, dalam dunia realiti, Ah Long dalam iklan tu adalah antara kolektor dan pembuat kuda besi untok Vespa di KL. Maknanya, kuda besi dari Ah Long tu adalah hand made punya Nohhh! Hari nih, kami tak tau apa khabar dengan Ah Long. Maseh sehat atau bagaimana, kami tak tau. Apapon dia adalah lejen dalam dunia Vespa Malaysia.

Kuda Besi kat Vespa milek Bang Di Nyan ni pon berkemungkinan besar dibuat oleh Ah Long tu. Ia nya adalah besi padu, dan harganya pada ketika itu (80-90an) mencecah ratusan ringgit. Hari nih Kuda Besi tu dah jadi barang rare, tak ada dah dijual di kedai2 aksesori, dan kalau ada pon mungkin reproduction dari China.

Vespa ni pon sebenarnya baru2 ni aja yang dihidopkan semula. Dalam tiga empat tahon nih saja. Tak banyak yang dipinda, buleh kata maseh stendet macam dulu2, cuma cat dan ekzos saja yang ditukar. Vespa ni jugak mengekalkan ciri2 trendy zaman 80an dengan seat/tempat dudoknya yang dipotong ala2 tanjak. Nasiblah tuan dia tak potong sayap buat klepet. Trend Klepet pon sangat top zaman 80an Nohhh!

Bang Di Nyan agak bertuah sebab ada anak dia yang berminat untok sambong mewarisi jentera penoh bersejarah nih. Semoga Vespa Super ni teros bermastautin di Padang Keria sampai bila-bila Nohhh! Dan kalau kat Malaysia ni dah 3 kali tukar PM, di Padang Keria alhamdulillah, hanya ada satu saja PM. Vespa ni lah PM yang akan teros kekal (InshaAllah) hingga kiamat oyeahhh!
Viva La Vesparoka !

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

BANGKITNYA SANG YAMAHA SS110 FIRST MODEL

BRIXTON 150 KINI DI’UPGRADE’ LEBEH PADU