in

ECU GEN 2 TERKINI DARI TUNEBOSS KINI DILANCHARKAN!

Harga Lebeh Murah Dengan Performance Yang Kompom Merchiks!

FSR Technology menyambut ulang tahun ke-10 dengan TuneBoss ECU generasi baru, telah melancarkan ECU Berprestasi Tinggi generasi kedua semalam. Harga yang di offer lebih berpatutan dengan peningkatan fungsi. Model ECU terbaru ini dilancarkan untuk kegunaan pada Yamaha Y16 dan MT15.

TuneBoss ECU (Engine Control Unit – Unit Kawalan Enjin) kini lebih berkuasa tetapi dengan harga yang lebih mampu milik dengan pelancaran generasi terbaru ECU tersebut oleh pengeluarnya, FSR Technology.

ECU generasi baru (Gen2) menggantikan ECU TuneBoss generasi pertama (Gen1) yang dilancarkan pada tahun 2014. Ia sekarang datang dengan tiga tahap (Stage) kebolehan pada tangga harga yang berbeza. Dengan penukaran itu, harga permulaan baru untuk TuneBoss ECU rata-rata RM200 lebih rendah berbanding sebelum ini.

TuneBoss ECU Gen1 sebelum ini boleh didapati untuk sembilan model motosikal popular terutamanya bagi jenama Yamaha dan Honda. Harga terendah bermula pada RM499 untuk model seperti Yamaha Lagenda atau Honda Wave, hingga yang paling mahal pada harga RM999 untuk Yamaha R25. Dengan ECU Gen2 pula, harga baru bermula dari RM299 untuk model Lagenda dan Wave, sementara untuk model Yamaha R25 pula berharga RM799.

Untuk TuneBoss Gen1, kami mahu mengeluarkan produk yang mampu mengubah pasaran dengan innovasi. Oleh itu, kami mencipta ECU motosikal pertama di dunia yang siap sedia datang dengan sistem wayarles (wireless) Bluetooth yang boleh diakses menggunakan telefon pintar. Produk Gen1 kami menawarkan gabungan teknologi pada harga yang berpatutan, selain dari kebolehpercayaan dan sistem sokongan kami yang telah diketahui dan dipercayai”, kata Ketua Pegawai Eksekutif FSR Technology, Farhan Ali.

Fokus kami untuk Gen2 adalah untuk menjadikan teknologi dan kebolehpercayaan ini lebih senang dicapai, dan pada masa yang sama menawarkan ciri-ciri prestasi lebih tinggi dan baru untuk pelanggan yang memerlukannya‘.

Farhan menerangkan bahawa peningkatan tahap prestasi ECU boleh di “unlock” secara elektronik oleh pengedar sah TuneBoss dan setiap ECU TuneBoss yang dijual datang pada Stage 1.

Stage 1 sudah cukup memadai untuk pengguna yang mahukan sedikit ummmmph dari jentera mereka yang mungkin telah dilengkapi dengan modifikasi ringan.
Tetapi untuk pengguna jentera dengan tahap dimodifikasi yang tinggi, mereka boleh menaik taraf ECU Gen2 ke Stage 2 yang memberikan keupayaan seperti pengawalan penuh pada sistem pancitan bahan api, sistem nyalaan dan sistem Variable Valve Actuation (VVA) dengan hanya menambah RM200 kepada harga asal ECU Stage 1”.

Selain dari itu, pengguna yang menaik taraf ke Stage 2 dalam tempoh satu tahun dari tarikh pembelian juga mendapat tambahan tempoh waranti yang menjadi dua tahun, berbanding dengan waranti setahun untuk ECU Stage 1.

Walaupun ciri-ciri Stage 2 pada ECU Gen2 telah sedia ada pada ECU TuneBoss Gen1, tetapi khas untuk ECU Gen2 sahaja adalah ciri-ciri baru dan istimewa pada Stage 3. Antara ciri-ciri itu adalah sistem pengawalan penyuntik bahan api tambahan (dual injector), sistem talaan sudut penyuntik bahan api dan sistem kawalan pam penyejuk jenis elektrik (PWM).

Semua ciri ini telah dihasilkan dari kerjasama dengan beberapa pasukan perlumbaan untuk beberapa tahun dengan keputusan yang memberangsangkan. Tahap 3 boleh dibuka dengan tambahan RM250 kepada kos ECU Stage 1 dan 2. Seiring dengan pelancaran ECU Gen2, TuneBoss juga melancarkan dua lagi model ECU untuk menampung motosikal Yamaha Y16ZR dan MT15 dengan harga bermula pada RM399.

Ada lagi kejutan lain dari kami tak lama lagi, jadi tungguuuuu!!!”, kata Ketua Pegawai Operasi FSR Technology, Suffian Zamali.

Maklumat Tambahan:

Apa itu TuneBoss?
TuneBoss adalah ECU berteknologi tinggi yang direka khas untuk motosikal berkapasiti kecil. Diperkenalkan pada tahun 2014, TuneBoss merupakan ECU yang pertama di pasaran dunia yang boleh diprogram sepenuhnya melalui teknologi Bluetooth. TuneBoss memberikan keupayaan pelarasan sepenuhnya pada pancitan bahan api, penyalaan silinder termasuk kawalan maksima RPM. Selain itu ia juga boleh ditambah dengan pelbagai modul ciri tambahan seperti ciri quickshifter, launch control dan banyak lagi akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Juga buat pertama kali boleh didapati untuk motosikal berkapasiti kecil ialah sistem pengawalan penyuntik bahan api tambahan (dual injector), sistem talaan sudut penyuntik bahan api dan sistem kawalan pam penyejuk jenis elektrik (PWM) pada TuneBoss Gen2.
Kemudahan penggunaan adalah salah satu pertimbangan utama TuneBoss, termasuklah pemasangan yang senang dengan ciri Plug and Play yang mudah. Tiada pemotongan wayar perlu dilakukan.

Melalui aplikasi Android TuneBoss Manager Pro, pengguna hanya perlu memuat turun tetapan pratetap yang telah dioptimumkan bergantung pada modifikasi yang telah dilakukan pada motosikal.
Keupayaan talaan sepenuhnya juga boleh dilakukan melalui aplikasi itu oleh juruteknik terlatih.
Aplikasi TuneBoss Manager Pro juga memberikan bacaan data masa sebenar dengan ciri rakaman data. Ia juga dapat membantu mengurangkan masa membuat diagnostik kerosakan dengan memaparkan masalah enjin secara tepat.

Model motosikal yang boleh menggunakan ECU TuneBoss:
Yamaha – FZ150i, Lagenda, NMax V1, Y15, Y16, MT15, R15, R25
Honda – Wave Fi, CBR 250, RS150

Mengenai FSR Technology:
FSR Technology ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Farhan Ali dan Sufian Zamali, kedua-dua jurutera elektronik yang berpengalaman dari industri semiconductor. Visi mereka adalah untuk membina sebuah syarikat berdasarkan “Penyelidikan & Pembangunan” untuk rekabentuk produk terkemuka. Selain dari TuneBoss, FSR Technology juga memberikan perkhidmatan penyelesaian dari segi teknologi kepada syarikat-syarikat lain.

Tonggak Syarikat:
2011 – Syarikat ditubuhkan dan R&D dimulakan.
2012 – Lokasi rasmi pertama syarikat di Subang mula beroperasi dan syarikat melancarkan produk pertamanya, Fuel Controller Unit atau FCU.
2013 – Berpindah ke bangunan dengan ruang kerja yang lebih besar di Ara Damansara.
2014 – Pelancaran Gen1 TuneBoss ECU untuk Yamaha FZ150i.
2015 – Pelancaran TuneBoss ECU untuk Yamaha Y15ZR.
2016 – Berpindah ke lot kedai dua tingkat di Ara Damansara untuk mengembangkan keupayaan R&D dan pengeluaran
2017 – Pelancaran rasmi TuneBoss ECU untuk Yamaha R25, Lagenda 115z dan Honda RS150R.
2019 – Pelancaran rasmi TuneBoss ECU untuk Yamaha R15.
2019 – Pindah ke bangunan Ibu Pejabat di Bukit Jelutong, Shah Alam, Malaysia.
2021 – Pelancaran Gen2 TuneBoss pada ulang tahun ke-10

Ibu Pejabat:
Pada akhir tahun 2019 syarikat ini berpindah ke lokasi sekarang di Bukit Jelutong, Shah Alam, Malaysia.
Bangunan kilang tiga tingkat seluas 7500 kaki persegi menempatkan bilik dyno, enam ruang kerja bengkel, bilik latihan, ruang menunggu pelanggan, bilik PDI, produksi dan R&D selain dari tetapan biasa yang akan dimiliki pejabat.
Pada masa ini syarikat ini menyokong 15 kakitangan yang terlatih termasuk tiga yang terletak di cawangan Kuala Lumpur.

Rangkaian Penjual:
TuneBoss kini dijual di tujuh negara termasuk Malaysia, Mexico dan Thailand, dan merancang untuk berkembang terutama di rantau Asean. Malaysia sebagai pasaran utama mempunyai 67 pengedar di seluruh negara.

Sukan permotoran:
R&D yang berterusan dilakukan melalui penyertaan perlumbaan seperti Kejuaraan Superbike Malaysia, di mana pasukan TuneBoss memasuki kelas 250cc dengan menggunakan jentera Yamaha R25. TuneBoss juga merupakan penaja teknikal untuk TuneBoss Pink Racing Team dalam Siri Cubprix Malaysia. Selain dari itu, TuneBoss secara aktif membantu pengedar dan pasukan lumba mereka dalam pelbagai acara litar di seluruh negara.

TuneBoss menyokong komuniti dengan menaja acara seperti TuneBoss Braaap Track Attack. Acara ini memberi mereka tempat untuk mereka mengejar impian dan merasai suasana berlumba di persekitaran yang selamat dan terkawal.
Tidak lupa acara yang lebih kecil, TuneBoss juga mengatur hari trek/track day dan menyokong kumpulan permotoran tempatan dengan acara tahunan mereka.

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

BRIXTON 150 KINI DI’UPGRADE’ LEBEH PADU

SPD RACING : TIM KAPCAI SUPERBIKE PENANG MAI !