in

BANTUAN PERCUMA BUAT PEMILEK JENTERA KELUARAN MFORCE BIKE HOLDINGS YANG TERJEJAS BANJIR!

Diskaun 20 persen untok spare parts Oyeahhh!

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, syarikat pengeluar motosikal tempatan menawarkan penukaran minyak enjin percuma dan pemeriksaan serta penyelengaraan percuma kepada pemilik motosikal berjenama SYM, Benelli, Wmoto, SM Sport, Keeway dan Brixton, yang mengalami kerosakkan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Syarikat pengeluar motosikal tempatan ini menawarkan penukaran minyak enjin percuma dan pemeriksaan serta penyelengaraan percuma kepada pemilik motosikal berjenama SYM, Benelli, Wmoto, SM Sport, Keeway dan Brixton, yang mengalami kerosakkan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. Para pemilik juga akan diberi potongan harga sehingga 20 peratus keatas alat ganti/spare parts.

Mforce berasa simpati dengan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir yang sedang melanda. Bencana ini telah menyebabkan ramai yang terpaksa menanggung kerugian yang teruk sehingga ada yang terkorban nyawa. Malah, motosikal juga turut ditenggelami air yang boleh menyebabkan kerosakan yang teruk.

Pengurus Besar Operasi Mforce, Enck Asri Ahmad berkata, tawaran ini disediakan untuk meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pemilik motosikal keluaran Mforce. Eksklusif untuk pemilik motosikal keluaran Mforce yang terkesan akibat bencana di Kawasan Klang Valley, kami sedia menawarkan Perkhidmatan Bantuan Banjir seperti berikut:

✅ Diskaun sebanyak 20% ke atas barangan alat ganti terpilih;

✅ Pemeriksaan dan caj upah kerja percuma

✅ Penggantian minyak enjin asas secara percuma

Bermula 23 Disember 2021 sehingga 15 Januari 2022, pemilik motosikal keluaran Mforce yang terjejas diminta untuk menghantar motosikal mereka ke Mforce cawangan Segambut berserta surat sokongan untuk menikmati faedah ini.
Alamatnya seperti berikut:
No. 15, Jalan Segambut Atas, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Hubungi : 04-545 2222
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, Jam 8.30am – 5.30pm

#MforcePrihatin

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

WMOTO EFSUKU KINI DIPASARAN MALAYSIA!

MODENAS TUROT MENAWARKAN SERVIS PRIHATIN MODENAS UNTUK MANGSA BANJIR