in

MODENAS TUROT MENAWARKAN SERVIS PRIHATIN MODENAS UNTUK MANGSA BANJIR

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini mengumumkan “Kempen Servis Prihatin MODENAS” dan menyeru kepada semua pemilik motosikal MODENAS yang telah mengalami kerosakan akibat banjir kilat baru-baru ini di negeri Selangor dan Pahang. Dengan kempen tersebut, Syarikat bersedia untuk menyediakan perkhidmatan kepada pemilik untuk membaiki motosikal mereka supaya dapat berfungsi seperti sediakala.

Kempen akan bermula pada hari ini hingga 31 Disember 2021 di Pusat Servis MODENAS terpilih seperti di bawah:

PUSAT SERVIS MODENAS (SHAH ALAM, SELANGOR)
Alamat: No.62 & 64 Jalan Pluto Ay, Seksyen U5 40150 Shah Alam,Selangor
Waktu operasi: 9.00am – 5.00pm
Nombor telefon: 04-4668160

PUSAT SERVIS MODENAS (KUANTAN, PAHANG)
Alamat: No A149, Lorong Seri Teruntum 8,
Jalan Dato Wong Ah Jang, Taman Tunas Maju, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 9.00am – 5.00pm
Nombor telefon: 09-5123380 /044668199

Berikut adalah beberapa perkhidmatan yang ditawarkan di bawah “Kempen Servis Prihatin” :
-Caj upah kerja percuma untuk baik pulih biasa (tanpa “overhaul”)
-Pemeriksaan Percuma
-Pembersihan motosikal percuma
-Diskaun sehingga 25% untuk alat ganti
-Diskaun sehingga 15% untuk alat ganti skuter
-Diskaun sehingga 70% ke atas caj buruh untuk pembaikan yang melibatkan “overhaul”.

Untuk maklumat lanjut, pemilik motosikal yang terjejas boleh menghubungi mana-mana Pusat Servis MODENAS yang sah atau menghubungi Talian Careline MODENAS di 1-800-880-181 atau WhatsApp kami di 019-570 8135.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

BANTUAN PERCUMA BUAT PEMILEK JENTERA KELUARAN MFORCE BIKE HOLDINGS YANG TERJEJAS BANJIR!

KONVOI GABONGAN HONDA RS DAN RS-X KE CUBPRIX SEPANG