in

WMOTO EFSUKU KINI DIPASARAN MALAYSIA!

Dengan Harga 5999.00, Motor Ni Bakal Cetus Fenomena Baru!

Berkonsepkan ciri Ekonomi, Kegunaan Harian dan Mampu Milik, WMoto telah melancarkan model moped terbaharu iaitu F15 pada harga asas RM5,999.00 (tanpa insurans, pendaftaran dan cukai jalan). Model ini menawarkan tiga warna pilihan; Hijau, Biru dan Turquoise.

WMoto F15 menggunakan enjin silinder tunggal, SOHC, 4-lejang dengan sistem penyejuk udara. Model yang menggunakan suntikan bahan api ini mampu menawarkan kuasa maksimum 10.5Hp pada 7,000rpm manakala tork 11Nm pada 8,000rpm. Model baru ini didatangkan gerek bersaiz 57.3mm dan lejang 57.8mm dengan sistem transmisi 5-kelajuan dapat menggerakkan jentera bersaiz 118kg dengan cemerlang sekali. Para penunggang dapat meluncur ke hadapan tanpa ragu-ragu semasa di Jalan raya.

Suspensi hadapan motosikal ini menggunakan fork teleskopik. Walaupun membrek dengan kuat, ia mampu menyerap hentakan dengan padu Mak Enon sekali. Manakala suspensi belakang menggunakan penyerap hentak tunggal atau monoshock yang menyumbang kepada kebolehgerakan dan pengendalian yang terbaik ketika berada di Jalan-jalan berselekoh kerana semua daya tertumpu kepada satu titik beban. Sistem keselamatan pada WMoto F15 dipertingkatkan lagi dengan penggunaan brek cakera 290mm di hadapan dan 190mm di belakang.

Ketinggian pelana/seat pula cuma 770mm dimana ia cukup sesuai untuk pelbagai golongan yang memiliki ketinggian yang berbeza. F15 memiliki sepasang lampu DRL yang terang dan jelas yang diletakkan bersama lampu isyarat. Manakala lampu kepala pula terbahagi kepada dua bahagian; atas untuk lampu rendah dan bawah bagi lampu tinggi. Ekor belakang pula diserlahkan dengan lampu LED.

Paparan meter pula maseh menggabungkan analog dan digital yang memaparkan maklumat seperti tahap kelajuan, bahan api dan jarak perjalanan. Menambahkan lagi keunikan pada motosikal ini adalah meter tersebut turut memaparkan paras bateri motosikal anda. Seperti bateri telefon pintar anda, ia membantu anda untuk sentiasa memerhatikan bateri motosikal serta mengambil langkah berjaga-jaga. Selain itu, dengan tangki bahan api berkapasiti 5.5 liter, ia mampu memberikan anda lebih kilometer untuk menyusuri perjalanan harian anda.

Menurut Asri Ahmad, Pengurus Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., WMoto F15 sememangnya disasarkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama serta parti pilehan ketika PRU kerana spesifikasinya yang cukup sesuai. Anda boleh mendapatkannya segera di mana-mana premis pengedar sah WMoto di seluruh negara.
Dengan setiap pembelian Wmoto F15, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Rock N Ride Bersama WMoto Efsuku!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TERKINI: BENELLI VZ125i EDISI KHAS (N1) DENGAN HARGA RM5838.00

BANTUAN PERCUMA BUAT PEMILEK JENTERA KELUARAN MFORCE BIKE HOLDINGS YANG TERJEJAS BANJIR!