in

WMOTO RT3S KINI MENGGUNAKAN SKRIN TFT

MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah mengeluarkan edisi terkini, iaitu WMOTO RT3S dengan penambahbaikan dari segi penggunaan skrin TFT selepas pelancaran WMOTO RT3 pada Mac 2021 yang lalu yang menggunakan skrin digital penuh. WMOTO RT3S ini didatangkan dengan tiga warna pilihan; Union Red, Youth Grey & Justice Blue dengan harga permulaan sebanyak RM17,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Instrumen pintar motosikal RT3S ini telah dilengkapi dengan tiga kesan User Interface (UI). Setiap kesan UI itu mempunyai mod cahaya dan mod malam yang terang. Malah, mod cahaya dan malam itu boleh ditukar mengikut keamatan cahaya persekitaran semasa. (Tukar2 kaler ikot cuaca nih mengingatkan Gua kepada jam tangan Boi Landen sekitar 90an nan silam). Skuter RT3S ini juga dibekalkan dengan sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS), untuk membolehkan para penunggang untuk sentiasa peka tentang keadaan tekanan angin dalam tayar.

Selain itu juga, skrin TFT ini akan memaparkan simbol spanar sebagai peringatan penyelenggaraan untuk anda apabila sudah tiba masanya skuter anda diselenggara.
Skuter WMOTO RT3S ini masih mengekalkan spesifikasi teknikal dan teknologi yang sama dengan versi terdahulu, RT3 seperti kunci pintar ataupun Smart Key. Sistem kunci pintar ini mudah digunakan untuk menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket anda. Ianya lebih mudah dan selamat dengan teknologi pintar ini.

Selain itu, WMoto RT3S ini kekal menggunakan sistem ABS jenama Bosch yang berkualiti tinggi pada brek hadapan dan belakang untuk meningkatkan keselamatan penunggang dan skuter ini turut diberi penarafan lima bintang menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP), yang mengiktiraf WMOTO RT3S sebagai motosikal paling selamat yang dilengkapi dengan sistem brek yang efisen iaitu Anti-Lock Braking System
(ABS).

SPESIFIKASI TEKNIKAL WMoto RT3S :

Jenis Enjin: 4 Lejang, Silinder Tunggal, 4 Injap, DOHC
Gerek & Lejang: (mm) 73 x 59
Sesaran: (cc) 247
Sistem Penyejukan: Sejukan Cecair
Kuasa Maksimum: 23Hp pada 8,000rpm
Tork Maksimum: 22.5Nm pada 6,500rpm
Sistem Pemacuan: Pemacu Tali
Sistem Pelinciran: Pelincir daya
Sistem Bahan Api: Suntikan Bahan Api Elektronik
Pematuhan: Euro 4
Sistem Penghidup: Elektrik
Sistem Pencucuh: Transistor
Jenis Klac: Kering, Emparan Automatik
Transmisi: CVT
Suspensi Hadapan: Teleskopik
Suspensi Belakang: Penyerap Kejutan Berkembar
Brek Hadapan: Cakera dengan ABS, Bosch
Brek Belakang: Cakera dengan ABS, Bosch
Tayar Hadapan: 120/70-15
Tayar Belakang: 140/60-14
Panjang Keseluruhan: (mm) 2,165
Lebar Keseluruhan: (mm) 767
Tinggi Keseluruhan: (mm) 1,395
Tinggi Tempat Duduk: 755
Jarak Roda: (mm) 1,545
Kelegaan Tanah: (mm) 155
Berat (kg): 194
Kapasiti Bahan Api: (L) 17
Bateri: 12V10Ah (Bebas Penyelenggaraan)

TENTANG WMOTO:
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. merupakan pengeluar dan pengedar rasmi Wmoto sejak 2018 yang dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri iaitu Dato’ Sri Tan Lean Heah. Proses pembangunan jenama ini melibatkan pemilihan jenis motorsikal lalu dibawa masuk ke Malaysia, penghasilan prototaip, pemilihan warna dan grafik sehinggalah ujian ketahanan keseluruhan motorsikal dilakukan dengan
kepakaran tempatan mengikut citarasa peminat-peminat motorsikal di Malaysia.

Sehingga kini, Wmoto sudah mengeluarkan pelbagai jenis motorsikal dan ribuan unit sudah berada di pasaran tempatan. Dengan keterujaan terhadap inovasi produk, Wmoto bertekad untuk menjaga kualiti motor yang dihasilkan di samping menyediakan pengalaman indah dan sensasi dalam setiap perjalanan anda.

Wmoto mempunyai perancangan jangka panjang untuk mengukuhkan lagi sistem penyelidikan dan
pembangunan, pengeluaran, pemasaran dan perkhidmatan untuk menjadi salah satu jenama motorsikal terkenal di dunia dan membangunkan rangkaian global yang lebih kuat.

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

ZUL KAPAL GARAGE : METER DIGITAL MOTOR LU ORANG KABOR? TAK NAMPAK NOMBOR? SILA KONTEK PAKAR BAIK PULIH METER DIGITAL NI OYEAHHH !

TERSEREMPAK JENTERA MISTERI SEDANG DI TEST KAT HAIWEY ! SALAH SATUNYA BERBODI ALA2 SPORTSTER NOHHH!