in

Usrah Santai Mat Motor 4.0 di Surau Muhibbah, Kajang.

 

 

 

Pada 15 Disember 2019 (Ahad), telah diadakan Usrah Santai – Santai Mat Motor 4.0 di Surau Muhibbah, Kajang, Selangor. Pada 12.00 tengahari rv di Plaza Tol Kajang dan pada jam 12.30 tengahari tayar golek mehuju ke Surau Muhibbah. Walaupun hujan, ia tidak melunturkan semangat masing-masing.

Sampai di destinasi rider disediakan jamuan ringan selepas itu solat zohor berjemaah. Makan tengahari turut disediakan sementara menunggu Maulana Wan Helmi Wan Mohamed, Mudir Maahad Tahfiz Al Husainiyyah, Jerantut Pahang tiba.

Selepas solat Asar sessi dimulakan dengan selawat Nabi oleh para jemaah. Kemudian tazkirah dimulakan oleh Maulana Wan Helmi Wan Mohamed berkisar tentang topik Maulidur Rasul. Ia juga tentang kisah bermusafir dengan dunia mat motor dan dimana kelebihan mengamalkan sunnah. Selesai tazkirah, Maulana Wan Helmi sempat meminta Ijam Medicine yang turut berada disana untuk mengalunkan nasyid.

Selesai program, disediakan minum petang untuk para Jemaah. Selepas itu sessi bergambar kenang-kenangan diadakan dan bersurai. Semoga program seumpama ini dapat dijalankan lagi dalam mendekatkan diri mat motor ke masjid.

…Ukhuwwah Fillah…

“Come Ride With Us”

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=SAChDu04XXQ[/embedyt]

What do you think?

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Ride Asnaf Karnival Bulan Wakaf WAZAN UPM @ Bangi Bike Week 2019

GIVI BRAKE LEVER LOCK