Dengan tema “NGAUMAN KEGELAPAN” Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha MT-09 2024 yang dinanti-nantikan oleh peminat siri naked dari MT Yamaha.
Dengan reka bentuk menarik, sporty dan “ganas” disamping tambahan ciri yang turut dipertingkatkan serta agresif, MT-09 ini sangat sesuai untuk mereka yang mementingkan keseronokan dan kebebasan ketika berada di atas jalanraya. Yamaha MT-09 2024 baharu turut menampilkan transmisi automatik Y-AMT (Yamaha Automated Manual Transmission) untuk memberikan penunggang kawalan yang tiada tandingan pada tork-enjin yang padat dengan kuasa tanpa had dan siluet anggun yang membelah udara dengan lancar.
Yamaha MT-09 2024 adalah gabungan kuasa, ketepatan dan keseronokan menunggang yang mengekalkan semua ciri ciri utama sebelumnya yang mengutamakan keunggulan sambil menawarkan pelbagai ciri tunggangan baharu yang menarik untuk meningkatkan keseronokan ketika menunggang.
Suis kawalan intuitif baharu direka untuk mengendalikan pelbagai fungsi, termasuk sambungan kepada telefon pintar, navigasi dan kawalan perjalanan. Sekiranya kelajuan perjalanan ditetapkan, ia boleh ditingkatkan atau dikurangkan kelajuan dengan mudah dengan satu tolakan keatas atau kebawah.
Kawalan tunggangan Yamaha YRC membolehkan penunggang menyesuaikan diri dengan cara tunggangan mereka dengan memilih tahap kuasa enjin atau tahap keperluan yang diperlukan berdasarkan kepada kehendak peribadi penunggang atau mengikut keadaan permukaan jalanraya. Penunggang boleh memilih daripada tiga pilihan mod tunggangan, samada sukan, laluan biasa dan hujan atau memilih dua mod sekaligus untuk menyesuaikan motorsikal kepada pelbagai situasi tunggangan yang lebih mencabar.
Penggunaan sistem brek ABS jenama Brembo pada bahagian hadapan dan belakang roda Yamaha MT-09 baharu memberikan prestasi membrek yang pantas, cemerlang dan diyakini ketika melakukan brek kecemasan atau ketika memberhentikan motorsikal secara tiba tiba pada kelajuan yang tinggi. Reka bentuk ergonomik silinder induk Brembo telah dioptimumkan untuk prestasi brek yang terbaik dan mudah digunakan walaupun hanya dengan satu jari sahaja.
Yamaha MT-09 2024 dilengkapi dengan paparan TFT berwarna 5-inci disambung dengan Y-connect dan Garmin Streetcross yang menawarkan empat tema berbeza untuk pilihan penunggang. Apabila disambungkan ke telefon pintar melalui aplikasi Y-connect, paparanTFT akan memaparkan maklumat seperti panggilan telefon(masuk), mesej, laluan perjalanan, Maklumat trafik semasa dan banyak lagi fungsi hanya dengan menyentuh suis kawalan intuitif. Soket USB terletak di bawah tempat duduk.
Yamaha MT-09 2024 turut dilengkapi dengan ciri ciri terkini seperti quickshifter V3, suspensi boleh laras sepenuhnya. Tempat duduk penunggang dan penumpang kini dipisahkan menjadi 2 bahagian(2-piece). Tempat duduk rekaan baharu ini lebil kecil sedikit memudahkan penunggang yang rendah lebih mudah untuk mencecah kaki ke lantai.
Kapasiti enjin DOHC 890cc Yamaha MT-09 menghasilkan ngauman bunyi yang padu seiring dengan hamburan kuasa dan tenaga yang mampu mencecah sehingga 118 Hp yang pasti akan meningkatkan keterujaan pemilik untuk terus berada diatas Yamaha MT 09 2024.
Jeriji yang direka khas dengan bukaan berlubang pada penutup peti udara untuk menyerlahkan bunyi frekuensi tinggi enjin dengan lebih ketara.
Tangki petrol yang mampu di isi sehingga 14 liter telah direka menjadi lebih kurus untuk kelihatan lebih sporty dan menarik disamping memberi keselesaan kepada penunggang.
Subframe Yamaha MT-09 yang dikemas kini telah direka semula dengan skibidi teliti untuk mewujudkan ruang bagi bahagian berkaitan elektronik. Bahagian ekor MT-09 telah di pendekkan untuk penampilan yang lebih menarik dan meningkatkan kestabilan penunggang dengan lebih baik. Yamaha MT-09 baharu menampilkan besi pemegang boleh laras dan tempat letak kaki yang boleh disesuaikan kepada dua kedudukan mengikut ketinggian dan kesesuaian penunggang, keadaan ini membolehkan kedudukan tunggangan yang lebih selesa dan mengurangkan keletihan jika melakukan perjalanan jarak jauh dan meningkatkan kawalan keseluruhan ke atas motorsikal.
Yamaha MT-09 2024 baharu boleh didapati di semua pengedar motorsikal besar Yamaha yang sah bermula dari 15 Oktober 2024. Yamaha MT-09 2024 di tawarkan dalam dua warna menarik, Cyan Tengah Malam dan Hitam Berteknologi.
Harga runcit yang disyorkan adalah RM 57,998.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans).
Comments
Loading…