Kawasaki 2 Stroke keluaran tahon 1994 ini ditemui di sebuah kedai menjual Motorsikal di Alor Star dua tahon lalu oleh Brader Asri, seorang kolektor jentera retro berasal dari Beseri Perlis Indera Kayangan.
Menurot Brader Asri, jentera model Kawasaki K1 Sport 115 ini asalnya di parking ditingkat atas kedai motor tersebot. Kedai tu memang semenjak tahon 90an lagi menjadi dealer jentera2 seperti Kawasaki AR 125 dan beberapa lagi model2 Kawasaki termasoklah Kawasaki K1. Pernah suatu ketika, kedai tu didatangi oleh seorang kolektor dari Perak, tapi nasibnya kurang ong sebab jentera K1 ni diparking kat belah atas kedai tuh. Memang kolektor dari Perak tu pegi ke kedai tersebot untok nak cari kot2 ada terselit sebijik dua jentera Kawasaki NOS. Tapi bagai dikata, ong nya tadak, dan dia balek tanpa bertanya apa2 lah kat tokey kedai tu.
Tiba giliran Brader Asri, dia punya matlamat sama jugak lah dengan brader dari Perak tuh. Hari dia pi kedai motor tuh, kebetolan motor Kawasaki K1 Sport ni dibawak turon ke tingkat bawah kedai. Bila dia nampak aja motor ni, teros dia meleleh lah! Tanpa cakap banyak, deal teros dengan tokey kedai dan jentera rare ini dijual dengan harga Enam Ribu. Setel buat payment, teros dia ride bawak motor tu ke Pekan Simpang Empat Perlis. Di pekan Simpang Empat tuh dia pi ke bengkel seorang otai yang handal dalam kerja2 pomen jentera retro. Di bengkel tuh dia mintak tolong Otai tu cuci karbereter dan servis apa yang patot, dan lepas tu teros dia ride balek ke rumahnya di Beseri.
Jentera K1 Sport 115 ni adalah dari model Sport, warna asalnya hijau gelap sikit dan siap ber Sport Rim warna hijau Turquoise, seakan warna hijau Petronas gitu lah. Sport Rim kaler hijau ni sebenarnya amat rare untok ditemui harini. Yang selalu nampak rim merah dan rim puteh aja. Selepas bawak pakai motor ni beberapa bulan, Brader Asri tukar cover set warna biru. Kaverset biru ni dia order dari sorang saudagar barang2 purbaretro dari Johor. Yang syok tuh, kaverset nih dia beli dua tahon lebeh awal sebelom dia beli motor nih. Macam dia tau2 aja yang dia akan dapat sebijik K1 NOS heh! Maknanya, kaverset original dia simpan dan dia pakai kaverset after market lah sekarang nih. Sayang sangat lah tu nak pakai kaverset ori kilang, yelah..Kaverset Kawasaki K1 sekarang ni yang after market pon susah terok nak dapat, tambah pulak yang ori kilang kan.
Side Mirror yang dia pakai sekarang ni bukan dia dapat sekali masa beli motor ni, tapi dia beli berasingan dari sorang saudagar retro jugak. Side mirror siap ada tulisan timbul Kawasaki lagi tuuu! Bakol jugak dia beli asing dan memang itulah bakol khas unyok Kawasaki K1. Padu terok!
Gua tertarek kat satu stiker di headlamp K1 nih. Stiker bertulis NO PETROL yang dilekatkan kat headlamp tu adalah stiker ori dari kilang Nohhh! Brader Asri sengaja biar lekat disitu untok menjaga sifat jentera ini agar sentiasa terpelihara dia punya unsor2 NOS tu Nohhh!
Semua parts yang ada di jentera ini adalah berkilat dan berseh, enjinnya dalam keadaan suci murni dan kalau dilehat kat meter motor ni, jumlah keselurohan perjalanan selama DUA TAHON hanyalah 124KM aja. Brader Asri hanya bawak motor ni jalan2 dekat pekan terdekat rumahnya saja. Dia memang jaga sunggoh lah motor nih. Dia kata, motor ni hanya orang2 kampong situ aja yang tau. Dia memang tak bawak ride jauh2 motor nih Nohhh!
Okay, sedikit nasik tambah nak stori. Jentera Kawasaki K1 nih pernah dibawak oleh Raider tersohor Cubprix Malaysia yang digelar Kapcai King. Sapa lagi kalau bukan Tuan Haji Wazi Abd Hamid! Ya! Wazi Abd Hamid yang sinonim dengan nombor 21, pernah menjoki jentera Kawasaki K1 di beberapa litar termasoklah litar Batu 3 Shah Alam sekitar tahon 95-96 nan silam. Gua sendiri mesej tanya Haji Wazi, apakah betol sebelom dia mengganas dengan Suzuki, dia pernah mengganas dengan Kawasaki K1 dulu? Jawabnya memang YA! Haji Wazi kata, selepas dia balek dari satu race di Spain, dia join tim Kawasaki K1 dan litar Batu 3 (sekarang litar tu dah musnah dan dijadikan sebuah perumahan orang ada ada) telah menjadi saksi bahwa jentera K1 ni memang merchik habeh Gua cakap Lu! Masa tu, pencabar paling padu Wazi di litar tu adalah Raider bernama Chow Chee Hoii (anak kepada Chow Kit Wah). Berapi api lah race kat Batu 3 masa tu dengan jentera 2 stroke yang kini dah dihentikan kategori tu di Cubprix. Kalau nak tengok race 2 stroke jugak untok masa nih, buleh lah berkunjong ke Litar Rakyat Kuala Selangor Nohhh! Menurot Haji Wazi lagi, jenama Kawasaki di persada racing Kapcai negara menjadi slow dan suram bilamana pada tahon 99 Kawasaki Sunrock menarek diri dari Malaysian Cubprix. Lepas tahon 99, nama Kawasaki K1 tenggelam teros dari arus Kapcai tanahair, dan kini barulah nama Kawasaki K1 kembali menjadi bualan oleh pencinta jentera2 retro. Itulah nasib jentera Kawasaki bagi kategori Kapcai. Tapi untok kategori big bike, jenama Kawasaki adalah king lah di Malaysia ni Nohhh!
Okay, semoga jentera K1 NOS milek Brader Asri nih akan memberikan inspirasi kepada pencinta2 retro yang lain, dan yang mana yang tengah dok projek nak restore K1 tu bulehlah kontek2 sembang dengan Brader Asri nih Nohhh! Kepada Raider2 kat luar sana yang ada Kawasaki K1 NOS macam brader Asri nih, sila kontek kami. Kita bikin review kasi bakar line sikit heh!
Brader Asri boleh di wassap dinombor : 017 499 8869
Teros Rock N Ride Nohhh!
Comments
Loading…