in

GENG SKOOT NOUVO AT115 KERTEH : DEMAM SKOOT BAKAL KEMBALI ?

Dah lama sangat dah takdak stori pasal kelab skuter Nohhh! Almaklomlah dunia hari ini dikuasai oleh geng2 Kapcai PCO yang rata-ratanya sedang membuak-buak darah perlumbaan. Pesan Gua, membuak atau mendideh tuh biarlah hanya kat dalam hati saja, jangan sampai membuak darah kat atas Haiwey atau Jalan Kampong Nohhh!

Walau apa pon jua, kalau dah jiwa Skoot tu memang tetaplah Skoot juga. Maka terciptalah sebuah kelab Yamaha Nouvo AT115 yang diberi nama AT Kerteh. Kelab dari Terengganu ni ditubohkan tahon lepas (2023) dengan keahlian 28 orang. Oh lupa nak bagitau bahawa kelab ini dimulai oleh brader Mohd Faizol Bin Idris. Kira dia nih macam ketua kumpulan lah Nohhh!

Semenjak ditubohkan, kelab ni dah banyak bikin ride. Tapi paling best adalah, Skoot Nouvo dorang ni jugak dipakai untok urosan harian. Ini amat baguih. Bukan apa kan.. selalunya jentera2 yang agak rare macam nih hanya dibawak keluar untok aktiviti konvoi atau event aja, tapi dorang nih tak ikot mazhab gitu. Motor dah ada ni, pakai aja lah kan.. nak simpan buat gapo? Betol dok?

Menurot jurucakap kelab nih, segala proses restorasi telah dibuat di bengkel Jazz Suria Moto dan kos untok setiap restorasi (guna barang ori) buleh mencecah RM3K jugak lah. Harga ni kalau nak dikira memang agak keras jugak, tapi kalau nak ikotkan memang dah buleh dah tu sebab padan la dengan jentera ni yang dah nak masok golongan retro dah heh! Iya lah.. jentera ni kalau tak silap Gua lah, first model dulu nih keluar tahon 2002. Dah dua puloh tahon lebeh dah umor jentera ni Nohhh!

Rancangan Tim AT Kerteh ni pada masa depan adalah untok cuba mengumpolkan seramai mungkin pemilek Yamaha Nouvo AT115 dari segenap pelusoh negara Malaysia nih. Maka dorang amat2 mengharapkan semua pemilek Nouvo AT115 akan dapat turon ke event Scooter Mega Gathering 3.0 pada bulan Mei 2025 tahon depan Nohhh!

Teros maju jaya buat AT Kerteh, dan semoga dapat berkumpol beramai-ramai di Scooter Mega Gathering 3.0, di Litar Gong Badak Terengganu pada 9-10 Mei 2025 nanti Jouyeahhh!

Nota : Kepada yang berminat nak join Tim ni, buleh wassap ke nombor nih : 016 943 6969

https://www.facebook.com/faizol.jazzsuria?mibextid=ZbWKwL

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

JOM BOOKING KAWASAKI ZX-6R! RM59,900 Ajerrrr…

Y16ZR 6MRO SEMPENA MOTORSIKAL YAMAHA YANG KE 6 JUTA!