in

TREK MARHAEN DI BUKIT BERUNTONG KINI DIBUKA!

Free Aja Tapi Sila Jaga Kebersehan Di Kawasan Trek Okay!

Baru2 ni kami sempat singgah di sebuah trek sangkot nun di kawasan sedikit terpencil di Rawang dekat pekan Bukit Beruntong. Lokasi tu kalau dilihat di Google Maps, ianya maseh beralamat dalam Rawang, tapi sebenarnya ia dah bersempadan dengan Bukit Beruntong dah. So, nak mudah akses kesitu, kalau guna Haiwey PLUS sila Exit kat Bukit Beruntong (nak ke kilang Givi tu lah). Dari situ dah tak jauh dah, buleh kontek Brader Aziful atau Brader Roy untok tanya jalan Nohhh!

Di Trek sangkot nih, ianya takdelah luas mana sangat pon, dan lebeh mesra dengan permainan Pocket Bike. Tapi kalau setakat motor 250 kebawah tu pon kira buleh lagi lah kalau nak kasi nipis lutot kat trek nih. Menurot Aziful selaku pengelola di trek ini, tim dorang dah mintak kebenaran dari pehak majlis dan perkara ini sudah pon diketahui oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor. Maknanya dalam urusan bab kebenaran guna tempat tu dah takde hal dan isu dah. Boleh guna. ONNN!

Trek sepanjang kira2 800 meter dengan satu straight kira2 100 meter tu dibukak kira2 dua bulan lalu dengan bab2 teknikaliti diuroskan oleh Brader Razali dari Cilik Motorsport. Ketika kami singgah disitu haritu, terdapat rakan2 Raider kita yang sedang berlateh santai disitu. Memang trek ini biasa2 saja, tapi untok latehan dan stamina Raider2 yang tak berkemampuan menyewa trek2 mahal yang lain, maka sini adalah tempat sesuai. Prektis disini free saja Nohhh! Tapi kena kontek pehak pengurosan dulu lah.

Okay, harap trek ni menjadi salah satu port terbaik untok Raider2 berdekatan situ mahupon yang luar dari situ. Trek ni terbuka untok semua, bukan di daerah terdekat situ saja. Apapon kita doakan semoga pehak2 berkuasa dan berkemampuan dapat memberikan perhatian sewajarnya lagi demi memartabatkan dunia sukan permotoran kita. Tempat ni menarek, serious Gua cakap Lu!

Kontek Aziful 012 807 2418 atau Roy 019 677 4770.

Rock N Ride Teros Bersama Kapcai Nohhh!

Video Di Lokasi Trek Berkenaan :

 

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

EASTERN BOBBER 2020: APA CERITA TERKINI?

SINGGAH RUMAH MAMAT KAPAR CHIEF EVENT RETROMANIA