in

SINGGAH RUMAH MAMAT KAPAR CHIEF EVENT RETROMANIA

Sembang sembang sejarah Retromania

Event Retromania sangat viral di Malaysia sekitar dua tiga tahon kebelakangan nih. Dari Mat Motor dan Mat Kereta serta Mat2 Kolektor termasok kanak2 Tadika pastinya ternanti nantikan event terbesar di Malaysia nih. Diadakan buat kali pertama pada 2013 di Morib, dan kini sudah 7 kali diadakan. Dalam 7 kali penganjorannya, hanya sekali dibuat di JB, yang lain2 tu dibuat di Pantai Morib.

Paling meriah dan menjadi kenangan termanis buat semua hadirin termasok AJK event Retromania adalah pada tahon lepas (2019) dengan bertemakan Gila Gila Zaman Remaja. Menarik sekali dalam event tu adalah kehadiran Hero filem Gila Gila Remaja yaitu Azroy (Faizal Hussein) serta pelakon2 pembantu antaranya Kuzi (Faizal Chal Ahmad), Ravi (Hameed) serta Farok (Kamarol Yusoff). Kehadiran pelakon2 itu telah membuatkan majlis Retromania 2019 menjadi bualan hingga ke saat ini.

Gua berpeluang singgah dan bersembang sembang santai di rumah peneraju utama acara Retromania yaitu Brader Hamdan @ Mamat Kapar SYJ di Kampong Tok Muda Kapar Selangor baru2 nih. Diperkarangan rumahnya terparking dua tiga buah jentera Retro dan klasik antaranya Yamaha RZ250, Yamaha 100 Sport dan dua buah motor klasik yang takde dijual di Malaysia. Dia beli secara import dari Jepun. Boleh tengok video di Youtube Channel Majalah Kapcai TV untok dua buah jentera tersebot Nohhh!

Persekitaran rumah Mamat Kapar SYJ amat tenang dan sejok sebab dia bikin satu kawasan ala2 kolam ikan mini yang sunggoh akuatik. Dalam kolam2 tu ada bermacam hidopan akuatik termasoklah beberapa ekor kura kura yang sangat manja. Di ruangan dalam rumah, tersuson kemas banyak barang2 retro dan Lu Orang buleh rujok kat gambar2 yang Gua letak kat bawah nih. Nak lebeh real sila tengok video interview kat channel Majala Kapcai TV Nohhh! Sebagai nota tambahan, Mamat Kapar SYJ jugak adalah seorang pemancing tegar dan mempunyai beberapa spool/mesin mancing retro didalam simpanannya Nohhh!

Majalah Kapcai mengucapkan selamat Maju Jaya buat Mamat Kapar SYJ sekeluarga dan semoga Pandemik Covid 19 segera habeh. Sepatotnya Retromania siri ke 8 sudah diadakan pada April lepas tapi ditunda gara2 Covid 19. Semoga kita semua berjaya dalam perjuangan menentang virus durjana itu dan kembali berhari raya bersama di Retromania oyeahhh!

Layan Video Interview bersama Mamat Kapar SYJ!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TREK MARHAEN DI BUKIT BERUNTONG KINI DIBUKA!

SYM VF3i LIMITED EDITION KINI DITAMBAH PRODUKSINYA LAGI?